Gadis Berdebar Nak Tunang Sampai Bakal Mak Mentua Lalu Dekat Sebelah Pun Tak Perasan
Nervous sangat tu kak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berdebar sewaktu majlis pertunangan merupakan perasaan normal yang dirasai oleh setiap bakal pengantin
Mana tidaknya, ini merupakan detik-detik penting sebelum mereka melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan. Pasti ramai yang nervous sehingga melakukan kesilapan bukan?
Sama seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang gadis tidak perasan bakal ibu mentuanya semasa majlis pertunangan telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah lalu dekat sebelah tapi dia boleh pula pergi salam orang lain
Menerusi video yang dikongsi oleh @aruzilajaafar, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis pertunangan.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila seorang gadis yang dipercayai bakal bertunang itu terlalu berdebar-debar sehingga tidak perasan dia lalu di sebelah bakal ibu mentuanya.
Lebih menghiburkan gadis tersebut boleh pula tersalah bersalam wanita lain. Apabila diberitahu barulah dia sedari kesalahannya itu.
"Saya dulu macam ni juga. First time juga mak mentua, gugup gila. Semua pakat gelak" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.6M tontonan, 108.1K tanda suka dan 968 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga berkongsi pengalaman yang sama.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!