seismik

Rambut Kembang Disangka Sarang, Burung Selamba Lepak Atas Kepala Pemuda Ini Curi Tumpuan

Memang nampak macam serupa.

Cover image via @killivgs (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Matlamat utama burung membina sarang untuk memastikan telur dan anak mereka adalah selamat

Kebanyakan burung menggunakan air liur dan tanah untuk membuat sarang. Ada juga burung yang menjadikan batu-batu kecil sebagai sarang mereka.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seekor burung yang menyangka rambut seorang pemuda merupakan sarangnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Rambut kembang sangat sampai burung pun salah sangka ingat sarang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @killivgs, kelihatan dia sedang merakam rambut rakannya yang kembang.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila terdapat seekor burung yang duduk di atas rambut rakannya itu. Burung tersebut pun nampak sangat selesa seperti ia sedang duduk di dalam sarangnya. 

"Salah sarang tu dik, tak apa lah benda pun dah duduk enjoy jelah" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 942.7K views, 135.3K likes dan 3.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi burung yang salah sarang itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul! Rambut abang kembang sangat sampai burung pun ingat sarang dia :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: