x

seismik

[VIDEO] Effortless Menyanyi Masa Jamuan Raya, Suara Sedap Budak Lelaki Ini Raih Perhatian

Boleh jadi penyanyi!

Cover image via @mamayayagoges (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan memang ramai orang yang suka menyanyi

Namun, bukan semua orang boleh menyanyi dengan baik dan sedap. Ada juga orang yang dilahirkan dengan bakat menyanyi. 

Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan seorang budak lelaki yang menyanyi secara effortless semasa jamuan raya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Suara sedap walaupun hanya menyanyi santai sambil duduk atas kerusi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamayayagoges, kelihatan dia sedang merakam anak lelakinya menyanyi di sebuah jamuan raya.

Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila suara anaknya itu kedengaran sangat sedap walaupun dia hanya duduk di atas kerusi sambil menyanyi. Tak try hard langsung! 

Difahamkan bukan sahaja orang lain, malah ibunya juga turut terpegun mendengar suara sedap budak lelaki tersebut.

"Macam mana adik ni boleh tahu lagu lama lagi tu? Dah lah dia menyanyi pitching dengan tempo semua betul. Terbaik lah!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 155.3K likes serta 5.3K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun mendengar budak lelaki itu menyanyi dengan sedap. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedapnya suara awak dik. Ada bakat jadi penyanyi ni :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik