Jom Luangkan Masa Weekend Anda Dengan Cuba 6 Aktiviti Indoor Di Sekitar Lembah Klang Ini
Pasti weekend anda tak sendu lagi!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti anda sudah jemu setiap kali hujung minggu asyik lepak dekat shopping mall sahaja bukan?
Sebenarnya, ada sesetengah orang yang tidak tahu nak buat apa setiap kali hujung minggu dan terpaksa memilih pergi ke shopping mall untuk menghilangkan bosan.
Setelah penat bekerja selama lima hari, mesti kita nak melakukan aktiviti yang dapat releasekan stress bukan? Kalau anda nak tahu dekat sekitar Lembah Klang ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh buat.
Jom lihat antara aktiviti-aktiviti indoor yang boleh anda lakukan pada hujung minggu ini:
1. Cuba pelbagai aktiviti penuh cabaran bersama rakan-rakan dan keluarga di Escape Challenge
Jika anda seorang yang sukakan aktiviti yang adventurous, anda wajib try aktiviti-aktiviti yang ada di Escape Challenge ini. Terletak di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Escape Challenge ini merupakan salah satu semi-indoor adventure park yang terbesar di Malaysia.
Anda boleh cuba pelbagai aktiviti yang mencabar seperti Zipline, Swing Challenge, Slingshot, Banana Flip dan macam-macam lagi. Pasti anda tak menyesal luangkan hujung minggu anda di sini.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
2. Cabar diri anda hidup pada dunia pasca apocalyptic di District 21
Buat seseorang yang gemarkan cabaran, ini merupakan alternatif lain yang anda boleh cuba selain Escape Challenge. Luangkan hujung minggu anda yang penuh adrenalin di District 21, dan rasai dunia pasca apocalyptic masa hadapan bersama rakan dan keluarga anda.
Terdapat cabaran yang mudah sehinggalah yang susah seperti Tubby Ride, Yoyo Car, Low Ropes, Ninja Warrior, Sky Trail dan macam-macam lagi. Harganya juga berpatutan serendah RM62 sahaja. Ia terletak di IOI City Mall, Putrajaya.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
3. Nikmati pelbagai game VR menarik di VAR Live
Terletak di MyTOWN Shopping Center, Kuala Lumpur, VAR Live ini menawarkan anda untuk merasai pengalaman Virtual Reality yang sebenar. Anda boleh transport diri anda ke mana-mana tempat dan tempoh masa serta rasa seolah-olah anda berada di sana ketika itu. Best kan?
Terdapat pelbagai game menarik disediakan seperti melawan zombi, menyelesaikan misteri dan pengalaman survive di hospital seram. Jangan lupa ajak rakan-rakan anda yang havoc untuk spend time di VAR Live hujung minggu ini!
Klik sini untuk info lebih lanjut.
4. Rasai pengalaman yang menyeramkan di Hauntu by Breakout
Rasai pengalaman seram luar biasa masuk ke rumah hantu yang terletak di The Linc KL ini. Nikmati misteri yang menyeronokkan dengan cabaran Hauntu yang rumit. Aktiviti ini boleh dikatakan seperti anda masuk ke escape room tetapi versi survive dalam rumah hantu.
Setiap escape room yang anda masuk di Hauntu ini mempunyai storyline yang tersendiri seperti merungkai kebenaran disebalik misteri Hotel Colle Eastern Hotel. Tambahan lagi, hantu-hantu yang dilakonkan juga mempunyai performance yang mantap seperti hantu real.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
5. Hasilkan rug mengikut kreativiti anda sendiri di Tuftme
Bagi anda yang nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu ini, boleh lah ajak rakan-rakan atau keluarga anda ke Rug Tufting Workshop di Tuftme ini. Anda berpeluang untuk menghasilkan rug mengikut kreativiti dan design anda sendiri.
Anda juga disediakan tufting gun, tufting frame dan lebih 50 seleksi warna cotton yard. Tidak dilupakan juga, ada disediakan pekerja yang akan mengajar anda basic untuk menggunakan tufting gun. Seronok bukan?
Klik sini untuk info lebih lanjut.
6. Bawa anak-anak dan insan tersayang ke workshop mewarna Batik
Buat anda yang nak buat aktiviti menarik bersama anak-anak, workshop mewarna batik ini memang sesuai. Di sini anda akan di ajar step-by-step cara nak mewarna batik. Di samping itu, anda dapat menghasilkan seni batik anda sendiri.
Memang sangat sesuai untuk mendedahkan mengenai seni batik kepada anak-anak anda. Hal ini kerana anda juga berpeluang untuk bercakap sendiri dengan artist batik mengenai artwork mereka.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
Menarik kan aktiviti-aktiviti yang kami senaraikan ini? Tunggu apa lagi, jom rancang weekend anda sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!