seismik

“Muaz Dah Jadi Pembaca Berita?” - Buletin FM Sokong Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3

Muaz Kasi Jadi!

Cover image via Buletin TV

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buletin FM telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kempen Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3 bersempena Ulang Tahun TV3 ke-38 tahun ini

Image via Buletin TV

Sebagai kesinambungan kepada kempen ini, Buletin FM telah menampilkan cabaran Muaz Kasi Jadi Penyampai Berita. Sebelum ini Muaz pernah dicabar menerusi Muaz Kasi Jadi untuk menjadi menyanyi di pentas Hot Kool Jam, Jom Heboh 2019.

Namun, bagi cabaran Muaz Kasi Jadi kali ini, Muaz telah dicabar untuk menjadi seorang pembaca berita. Idea ini terhasil berikutan minat dan juga keterujaan Muaz sendiri untuk mencuba menjadi seorang pembaca berita.

Cabaran Muaz Kasi Jadi Pembaca Berita ini sudah pun bermula sejak 19 Mei 2022 yang lepas

Image via Buletin TV

Pelbagai inisiatif serta dorongan telah diberikan untuk membantu Muaz merealisasikan impiannya sebagai seorang pembaca berita yang berkaliber. 

Antaranya penampilan khas seorang pembaca berita radio senior dan pembaca berita sambilan TV3, Jay Jamalina yang telah melatih Muaz sebagai pembaca berita TV. 

Zainal Ariffin Ismail dan Azmi Aziz, bekas pembaca berita dan pengacara TV3 turut tampil untuk memberikan tunjuk ajar, tips serta kata-kata dorongan kepada Muaz. 

Lebih membanggakan lagi, Muaz juga telah mendapat panduan daripada Encik Kamaruddin Mape yang merupakan Ketua Pengarang, Jabatan Berita & Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima. 

Selain itu, penglibatan Izwan Azir Saleh dan Hawa Rizwana Redzuan yang merupakan rakan sekerja Muaz turut memberikan sokongan dan kata-kata semangat berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Muaz tidak dapat menahan keterujuaan bagi menjayakan Cabaran Muaz Kasi Jadi kali ini

Image via Buletin TV

Beliau turut menyatakan bahawa perjalanan ke sesi mock run dan berjumpa sifu sifu pembaca berita merupakan pengalaman yang paling manis buat dirinya.

"Sebab Muaz sentiasa di sokong oleh Izwan, Jay dan team Buletin FM. Takda yang mustahil untuk kita buat walaupun kita sedar kita nak baca berita dekat Buletin TV3 bukannya mudah, tapi usaha dan pengalaman tu boleh terhasil. Muaz dah baca berita, korang bila lagi?" tambahnya lagi.

Saksikan perjalanan serta video penuh Muaz Kasi Jadi Pembaca Berita di YouTube rasmi Buletin TV

Terus dengarkan Buletin FM kerana pelbagai aktiviti akan menanti pendengar dan pengisian menarik akan diberikan kepada semua pendengar Buletin FM dan masyarakat dengan perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial FacebookTwitter Instagram Buletin FM dan Whatsapp di 017-276 5656.

Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik