seismik

[VIDEO] Nak Bayar Tambang Tol, Lelaki Ini Sempat Pula Sembang Dengan Mak Melalui Interkom

Boleh bersembang pula.

Cover image via @hafizrieyusri (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sistem tol merupakan bayaran yang dikenakan kepada pengguna jalan raya untuk membiayai kos penyelenggaraan jalan raya tersebut

Jika pengguna terdapat sebarang masalah, mereka boleh berkomunikasi dengan para pekerja secara face to face di pondok plaza tol atau melalui mesin interkom yang disediakan.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan seorang lelaki sempat bersembang dengan ibunya melalui mesin interkom plaza tol telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bersembang dengan ibu melalui interkom plaza tol, sempat pula dia bagitahu nak tidur rumah member

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafizrieyusri, kelihatan seorang lelaki sedang membawa kereta dan ingin membayar tambang tol di sebuah plaza tol.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menegur di interkom plaza tol tersebut tiba-tiba ada yang menyahut.

Rupa-rupanya ibu lelaki itu berkerja di situ. Dia sempat bersembang dengan ibunya dan tidak terlepas untuk memberitahu bahawa dia akan tidur di rumah rakannya malam itu.

"Maksudnya tak payah tekan button dekat tempat cakap pun boleh dengar? Kadang aku mencarut card touch and go tak dapat detect pun boleh dengar ke?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 231.2K tontonan, 25.9K tanda suka dan 126 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga yang memuji kecomelan interaksi antara dua beranak itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi bang siap bersembang ya. Nasib baik tak ada kereta dekat belakang :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: