seismik

Isteri Dah Siapkan Bekal, Tetapi Apa Yang Di Ambil Lelaki Ini Buat Ramai Berdekah

Salah ambil tu bang!

Cover image via @opetx70 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya ramai yang akan order makanan tengah hari melalui aplikasi foodpanda atau GrabFood kerana ia mudah dan menjimatkan masa

Walaupun begitu, terdapat juga mereka yang gemar membawa bekal makan tengah hari ke tempat kerja untuk menjimatkan wang. Lagipun banyak resepi menarik yang boleh dicuba. 

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki tersalah bawa bekal yang disediakan oleh isterinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan bawa bekal berisi makanan rupa-rupanya terbawa alat pam susu isteri pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @opetx70, kelihatan seorang lelaki sedang merakam bekal makanan tengah hari yang diberikan oleh isterinya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia membuka bekas tersebut yang ada di dalamnya merupakan alat pam susu bukannya makanan.

Lebih menghiburkan ramai yang tertanya-tanya sama ada lelaki tersebut salah ambil atau isterinya yang salah bagi.

"Bang jangan lupa bagitahu isteri bang. Nanti pening dia mencari tak jumpa, lepas tu order baru dekat Shopee" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 482.3K views, 24.1K likes serta 1.1K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai macam-macam hal ya! Tak apa lah bang mungkin isteri tak sengaja salah bagi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: