[VIDEO] Dituduh Cekik Anak Orang, Tangisan Kanak-Kanak OKU Ini Undang Sebak Netizen
Auto menangis sekali.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan, menjaga kanak-kanak OKU bukanlah sesuatu yang mudah
Hal ini kerana, kadangkala mereka tidak mampu mengawal emosi. Mereka juga sangat cenderung untuk dibuli atau dipandang rendah oleh orang lain.
Jadi, ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam memberi mereka semangat serta keyakinan dalam menghadapi dunia luar.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang kanak-kanak OKU menangis kerana dituduh mencekik anak orang telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bapa rakan kelas lain datang serang dan marah kanak-kanak tersebut
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zuera282, kelihatan seorang wanita sedang merakam anaknya yang kurang upaya sedang menangis sambil ditenangkan oleh gurunya.
Difahamkan, anaknya itu menangis kerana telah diserang dan dimarahi oleh bapa rakannya dari kelas lain. Dia telah dituduh mencekik rakannya itu kerana berebut botol air.
Walaupun anaknya itu menafikan perbuatan tersebut namun bapa rakannya itu tetap memarahinya.
"OKU hanya di dunia Puan. Tapi di sana nanti dia ahli syurga. Dalam syurga nanti dia akan jadi manusia yang handsome dan sempurna" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7M views, 233K likes serta 4.3K comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersedih melihat video tersebut. Malah, ada yang turut memberi kata-kata semangat kepada ibu kanak-kanak tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!