seismik

[VIDEO] Kisah Dua Gadis Bantu Pak Cik Datang Ke KL Cari Rezeki Ini Jadi Perhatian

Terbaik akak dua orang ni.

Cover image via @myysarahh19 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membantu orang lain dan bersikap baik bukan sahaja menyumbang kepada kebahagiaan orang lain, ia juga boleh membantu kita berasa lebih seronok

Selain itu, ia dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih harmoni. Memang lumrah bagi setiap manusia untuk membantu mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan dua orang gadis telah membantu seorang pak cik ini telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pak cik datang ke KL untuk mencari kerja, tetapi susah nak dapat sebab faktor umur dan kesihatan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @myysarahh19, kelihatan dua orang gadis sedang makan di sebuah restoran mamak di Terminal Bersepadu Selatan. 

Terdapat juga seorang pak cik yang sedang makan bersebelahan dengan meja mereka. Salah seorang gadis itu cuba untuk bersembang dengan pak cik tersebut.

Pak cik tersebut sebenarnya datang dari Kedah untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Namun, dia tidak diterima atas faktor umur dan kesihatan. Sebak mendengar cerita itu, dua gadis tersebut telah membantu berkongsi rezeki dengan pak cik itu. 

Dalam perkembangan lain, difahamkan Ustaz Ebit Lew sudah berjumpa dengan pak cik tersebut untuk memberikan bantuan

Menerusi posting Ustaz Ebit Lew di Facebook ini, beliau telah bergegas pergi mencari pak cik itu selepas melihat video TikTok tersebut.

Beliau juga telah memberikan sedikat wang ringgit dan juga menumpangkan pak cik tersebut bermalam di rumahnya. Turut juga diberikan kurta dan jubah.

Pak cik tersebut ternyata seronok dan bersyukur di atas pemberian yang diberikan. Ustaz Ebit Lew juga turut menambah bahawa dia akan membawa pak cik tersebut pergi membeli sedikit barang keperluan sebelum dia pulang kembali ke Kedah.

"You guys have a good heart. Moga dipermudahkan segala urusan pak cik dan korang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga yang turut bersimpati atas nasib pak cik tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.5M views, 367.9K likes serta 7K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedihnya tengok. Semoga dipermudahkan segala urusan pak cik :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik