seismik

Gigih Sangat Nak Menang Acara Tarik Tali, Aksi Pelajar Ini Sampai Bergayut Raih Perhatian

Dah macam acara lain ni.

Cover image via @kmalhkim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari Sukan merupakan salah satu program yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar, terutama sekali bagi mereka yang aktif bersukan

Mana tidaknya, pada hari tersebut mereka dapat menyerlahkan bakat sukan mereka dalam acara seperti lompat jauh, lumba lari, tarik tali dan macam-macam lagi. Lebih seronok apabila ada rakan-rakan lain yang memberikan sokongan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan aksi seorang pelajar yang gigih nak memenangi acara tarik tali telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@kmalhkim

Jangan ambik tali akuuuuu

original sound Du

Bergayut dekat tali sebab tak mahu bagi pihak lawan menang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kmalhkim, kelihatan sedang berlangsungnya acara tarik tali di sebuah Hari Sukan yang tidak dikenal pasti.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila salah seorang pelajar yang sedang bermain acara tarik tali tersebut dilihat begitu gigih nak menang.

Hal ini sampai membuatkan dia bergayut pada tali. Walaupun sudah nampak pasukannya akan kalah, tapi dia tetap tidak mahu melepaskan tali tersebut. 

"Dengar cerita member tu sampai sekarang tak turun" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 177.8K tanda suka dan 2.5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga netizen yang terhibur dengan aksi pelajar tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Ni bukan acara tarik tali, ni nama dia acara gayut tali :P

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: