seismik

[VIDEO] “Tak Nak Acik Kahwin” - Anak Saudara Boleh Pula Buat Hal Masa Majlis Perkahwinan

Ni mesti mak cik favourite dia.

Cover image via @syahida_salleh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tanpa kita sedari, ibu saudara sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak

Ibu saudara dikatakan lebih memahami dan fun dimata budak kecil. Mana tidaknya, mereka pasti seronok apabila selalu mendapat hadiah daripada ibu saudara mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak lelaki yang membuat hal semasa majlis perkahwinan ibu saudaranya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@syahida_salleh kemas gallery photo dlm hp, tertengok video ni. Tetap buat ibu tersenyum tengok gelagat anak sulung meluah rasa ngam2 time adik nak nikah. memori 8 thn lepas, anak pun dah dok hostel. Terubat rindu ibu #anaksulungibuayah #zubirclan #keluargamalaysia #memoridaunpisang @zubsalleh original sound - syahida_salleh

Dah bersedia nak akad nikah tetapi anak saudara boleh pula tak 'restu'

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syahida_salleh, kelihatan sedang berlangsungnya majlis akad nikah di ruang tamu sebuah rumah.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila terdapat seorang budak lelaki yang merupakan anak saudara kepada pengantin boleh pula membuat hal semasa majlis tersebut sedang berlangsung.

"Abang nak, abang tak nak acik kahwin!", jerit budak lelaki tersebut. Hal ini telah mengundang tawa para tetamu yang hadir ketika itu.

Difahamkan, ibu kepada budak tersebut berkata video itu merupakan kenangan lapan tahun lepas yang baru dimuat naik baru-baru ini. 

"Akad nikah tetap diteruskan walaupun ada pihak yang terluka dan tidak merestui" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 1.1M tontonan, 87K tanda suka serta 1030 komen di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak lelaki yang tidak merestui perkahwinan ibu saudaranya itu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ni mesti paling rapat dengan acik dia, itu yang sampai tak restu tu :'D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: