seismik

Kecil-Kecil Dah Stress, Reaksi Wajah Bayi Ini Masa Dengar Doktor Membebel Curi Tumpuan

Berkerut je muka tu.

Cover image via @ainafifahhh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setelah sembilan bulan menunggu, pasti ibu dan ayah excited nak berjumpa dengan bayi yang baru lahir bukan?

Terutama sekali bagi mereka yang baru mendapat anak pertama, memang banyak preparation perlu dibuat untuk menjaga bayi. Selalunya doktor atau orang yang lebih tua akan dirujuk untuk mengetahui tips menjaga bayi. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan reaksi wajah stress seorang bayi yang baru lahir telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ainafifahhh

Lepas Keluar perut terus dengar orang bebel, berkerut terus muka.

original sound - Ainafifah

Menggangu nak tidur, bayi ini sampai buat muka stress dengar doktor membebel

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ainafifahhh, kelihatan seorang bayi baru lahir sedang berada di sebuah hospital yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila bayi tersebut membuat reaksi wajah stress semasa mendengar doktor membebel. Seolah-olah doktor tersebut mengganggu dia tidur pula.

"Inilah reality kehidupan dik, praktis siap-siap nanti nak kena dengar parents membebel" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 434.8K views, 56.5K likes serta 924 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi wajah bayi tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai dik, sampai berkerut-kerut muka awak tu. Stress ya dengar doktor membebel :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: