Terkejut Tiba-Tiba Parcel Sampai, Rupa-Rupanya Anak Umur 3 Tahun Beli Airpods Dekat Lazada
Pandai betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kewujudan internet telah memudahkan cara kita untuk membeli-belah
Disebabkan banyak kelebihan dan faedah, semakin ramai orang hari ini lebih suka membeli barangan dalam talian berbanding menggunakan alternatif lain iaitu pergi ke kedai.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selamba membeli Airpods di Lazada telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak umur tiga tahun beli Airpods harga RM 700 lebih, nak dengar muzik katanya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikfa_fareha, kelihatan seorang wanita sedang merakam sebuah kotak Airpods yang baru sampai ke rumahnya.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah Airpods tersebut dibeli oleh anaknya yang berusia tiga tahun melalui aplikasi online shopping Lazada tanpa pengetahuannya. Anaknya berkata dia membeli Airpods tersebut untuk mendengar muzik.
Lebih mengejutkan Airpods tersebut berharga RM 700 lebih. Difahamkan, akaun Lazada dan Shopee miliknya memang sudah link dengan credit card, sebab itulah mudah untuk anaknya membuat pembayaran.
"Pandainya Darleen! Nak marah tapi kena sabar" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 124.2K views, 9.2K likes serta 133 comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!