seismik

[VIDEO] Tiga Pelajar Basuh Baju Di Dobi Sampai Mesin Basuh Berbuih Ini Curi Tumpuan Ramai

Aduhai, tengok pun penat.

Cover image via @mohdhariz_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Basuh baju di dobi merupakan aktiviti rutin pelajar universiti terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama

Terdapat universiti yang menyediakan dobi khas yang dilengkapi dengan mesin basuh dan mesin pengering. Namun jika tiada, para pelajar selalunya akan pergi membasuh baju di dobi layan diri yang berhampiran.

Selalunya pihak dobi layan diri akan menyediakan sabun yang mencukupi di dalam mesin basuh buat para penggunanya. Jika ada yang menambah sabun, mesin tersebut akan menghasilkan buih yang berlebihan. 

Sama juga seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan tiga orang pelajar yang membasuh baju di dobi tetapi lain pula jadinya telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Letak sabun lebih dalam mesin basuh sampai habis berbuih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mohdhariz_, kelihatan tiga orang pelajar lelaki sedang membasuh baju di kedai dobi yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila mesin basuh baju yang digunakan mereka kelihatan penuh dengan buih sehingga melimpah-limpah ke lantai.

Difahamkan, mereka hanya menambah sedikit sabun ke dalam mesin tersebut tetapi tak sangka pula ia akan berbuih sebegitu.

"Aku sebagai cleaner dobi amat sedih melihat ini" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 866.5K views, 81.1K likes serta 900 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada yang turut simpati dengan situasi tiga pelajar tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti letak sabun lebih sebab nak bagi baju wangi kan? Admin pun turut sedih tengok keadaan mesin basuh berbuih tu :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: