Anda Peminat Ubi Kentang? Ini Antara 5 Resepi Mudah Yang Patut Anda Cuba Di Rumah
Mudah, unik dan sedap.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ubi kentang merupakan makanan yang sangat sesuai dengan apa jua masakan
Tidak kiralah ia dimasak menggunakan kaedah bakar, goreng mahupun steam, semuanya pasti menjadi dan sedap.
Selain mudah dimasak, ubi kentang ini sememangnya diketahui umum mengenai khasiatnya yang baik untuk kesihatan tulang, kulit, metabolism dan sebagainya.
Jika anda seorang yang gemarkan ubi kentang, di sini kami ada senaraikan 5 resepi ubi kentang yang sedap dan sangat mudah untuk dibuat.
Jom lihat di bawah:
1. Baked Potato Macaroni Cheese
Jika anda sukakan masakan barat Macaroni and Cheese, anda memang patut cuba kombinasi Macaroni and Cheese bersama ubi kentang ini.
Rasa cheesy macaroni dan ditambah pula dengan rasa lembut mashed potato dibawahnya memang tak cukup satu pinggan.
Lihat resepi penuh di bawah:
2. Lempeng Ubi
Lempeng ubi atau juga dikenali sebagai Potato Pancake merupakan resepi asal dari negara Korea. Caranya sama sahaja dengan membuat lempeng biasa cuma gantikan dengan ubi.
Lempeng ubi ini memang sangat sedap, lagi sedap kalau dihidang sebagai menu tea time. Pasti anak-anak dan suami suka!
Lihat resepi penuh di bawah:
3. Potato Toast
Apa yang uniknya menu ini, walaupun ia diberi nama Potato Toast namun anda tidak perlu menggunakan roti untuk membuatnya. Pelik bukan?
Sebenarnya, menu ini lebih kurang seperti anda makan hash brown tetapi ditambah dengan cheese dan juga telur. Fuh memang kedengaran sangat sedap. Sesuai dijadikan hidangan semasa sarapan pagi.
Lihat resepi penuh di sini.
4. Potato Cheese Ball
Jika anda seorang yang suka tengok mukbang pasti anda sangat familiar dengan Cheese Ball bukan? Setiap kali mereka makan dengan ada tarikan cheese serta kerangupan digoreng memang buat kita teringin.
Sebenarnya kalau anda nak tahu, Cheese Ball in boleh juga dibuat menggunakan ubi dan rasanya lebih sedap. Penggemar cheese memang wajib try resepi ini.
Lihat resepi penuh di bawah:
5. Potato Pillows
Potato Pillows atau Ubi Kentang Bantal merupakan resepi yang sedang viral di TikTok. Resepi ini telah mendapat perhatian ramai kerana namanya yang unik dan cara nak membuatnya juga mudah.
Jika anda nak cuba resepi ubi kentang yang lain daripada lain, boleh try buat Potato Pillows ini. Hasilnya dijamin sedap dan best dijadikan sebagai snek untuk makan sambil tengok TV.
Lihat resepi penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!