seismik

Tawarkan Menu Makanan Korea Dan Pelbagai Jenis Minuman, Kafe Di Penang Ini Jadi Perhatian

Feeling estetik betul cafe ni.

Cover image via baeshake.cafe

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baeshake Cafe di Bertam, Pulau Pinang ini merupakan antara tempat makan yang menjadi perhatian ramai kerana suasana kafenya yang tenang dan estetik

Terletak di Bertam Walk, Kepala Batas, kafe Baeshake ini menjadi pilihan ramai anak muda yang ingin makan sambil escape sebentar daripada kesibukan bandar tersebut. 

Dengan berkonsepkan warna pink, cream dan putih, reka bentuk dalaman kafe Baeshake ini memang sedap mata memandang. Suasana kafe ini juga sangat Instagrammable, jadi sesiapa yang datang ke sini memang wajib OOTD

Selari dengan trend semasa, kafe ini menawarkan pelbagai menu viral yang menjadi kegemaran ramai

Masyarakat sekarang memang pantang dengar perkataan "viral", pasti semua tak sabar nak serbu dan mencuba. Begitu jugalah dengan hidangan makanan Korea yang viral di kafe Baeshake ini telah mendapat perhatian ramai.

Antara menu bestseller di kafe ini termasuklah, Cheezy Topokki, Ramen with Spicy Korean Chicken, Baecorndog, Ramen Krispi, Kimchiz Bap dan macam-macam lagilah. 

Tidak ketinggalan, mereka juga menyediakan pelbagai pilihan menu minuman yang membuatkan anda rambang mata

Buat penggemar minuman yang cantik dan fancy, anda memang wajib singgah ke kafe ini. Bukan sahaja visual minuman tersebut nampak menarik, malah rasanya juga sedap. 

Memang banyak betul pilihan menu minuman yang ditawarkan. Frappe, Coffee, Sparkling Water? Sebut sahaja semua ada!

Antara menu minuman yang buat anda menyesal kalau tak cuba adalah Iced Latte with Strawberry, Double Choco Frappe, Matcha Frappe, Mango Shake dan Unicorn Frappe.

Tak ada plan lagi hujung minggu ni? Tunggu apa lagi, jom singgah ke Baeshake Cafe!

Alamat:
9G, 11, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Penang.

Waktu Operasi:
Setiap hari, 12:30 tengah hari hingga 7:30 petang. 
Ahad tutup.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: