seismik

"Makanan Fusion Kegemaran Ramai" - Jom Buat Spaghetti Tom Yam Yang Pedas Berkrim Ini

Sedap dan tak muak!

Cover image via @darlinelly (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa sahaja yang tidak suka makan Tom Yam bukan? Rasanya yang masam-masam pedas memang favourite tidak kiralah golongan tua mahupun muda

Bagi seseorang yang sukakan kelainan, pasti anda pernah mendengar mengenai Spaghetti Tom Yam bukan? Jika anda belum pernah mencuba kombinasi makanan Thailand dan Itali ini, rasanya memang meletup!

 Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang simple, resepi ini memang sangat sesuai dibuat untuk hidangan makan malam bersama keluarga atau boleh juga dijamukan kepada tetamu yang datang.

Jom ikuti perkongsian resepi Spaghetti Tom Yam yang pedas berkrim oleh @darlinelly di TikTok ini.

Bahan-bahan:

  • Spaghetti
  • 1/2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 keping daun limau purut
  • 4 biji tomato ceri
  • Satu batang sosej
  • Butter
  • Pes Tom Yam
  • Susu full cream atau cooking cream
  • Cili padi
  • Garam
  • Serbuk cili

Cara penyediaan:

1. Hiriskan bawang putih, bawang merah, tomato ceri, sosej dan daun limau purut. 
2. Sebelum membuat kuah Spaghetti Tom Yam, pastikan anda rebus dahulu spaghetti.
3. Dalam kuali yang sederhana besar, cairkan butter yang mencukupi. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah ia sedikit kekuningan, masukkan sosej pula dan tumis sebentar. Pastikan api anda kecil supaya bawang tidak hangit.
4. Selepas itu, barulah masukkan dalam satu sudu pes tom yam dan tumis lagi. Kemudian, taburkan sedikit limau purut ke dalam tumisan lalu tuangkan susu yang mencukupi. 
5. Selepas itu, seasoningkan seperti biasa, masukkan garam dan potongan cili padi ke dalam kuah spaghetti
6. Kemudian, tunggu sehingga kuah mendidih sedikit, barulah anda masukkan spaghetti yang telah direbus tadi. 
7. Gaulkan spaghetti dengan kuah sehingga ia sebati. Kemudian, anda boleh hias dengan masukkan tomato ceri dan daun limau purut. Jika ingin lebih pedas, anda boleh tambahkan sedikit serbuk cili.
8. Dah siap, sedia untuk dimakan! 

Kredit resepi: @darlinelly (TikTok)

Nampak menyelerakan betul Spaghetti Tom Yam tu. Tak sabar nak cuba! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: