seismik

[VIDEO] “Power” - Aksi Bapa Buat Susu Anak Sambil Drive Kereta Ini Bikin Ramai Confuse

Jangan kecam dulu.

Cover image via @nizadafani (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seseorang yang memandu kenderaan terutamanya kereta perlulah mempunyai tahap fokus yang tinggi

Maklumlah mereka bukan sahaja perlu melindungi nyawa sendiri malah nyawa orang di dalam kereta dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini berkenaan seorang ayah yang memandu sambil membuat susu anak telah membuatkan ramai keliru.  

Lihat video penuh itu di bawah:

@nizadafani

daddy lagi pakar buat susu anak sambil drive.

bunyi asal - Niza Dafani

Baru nak kecam sebab buat susu anak sambil drive, rupa-rupanya...

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nizadafani, kelihatan dia merakam suami dan anaknya yang berada di dalam kereta yang sedang bergerak.

Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila suaminya itu sedang fokus membuat susu anak mereka walaupun pada ketika itu kereta sedang bergerak. Dia langsung tidak memegang stereng!

Rupa-rupanya, kereta yang mereka naiki itu kena tarik dengan sebuah towing car, patutlah dia berani membuat susu anaknya. Hal ini telah membuatkan ramai netizen yang tertipu dengan situasi tersebut. 

"Nasib aku tengok sampai habis. Kalau tidak tak pasal-pasal aku maki" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 346.8K views, 10.4K likes serta 454 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut rasa tertipu dengan situasi ayah membuat susu anak sambil drive tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik ramai yang tengok sampai habis, kalau tak mesti abang dah kena kecam :P

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: