seismik

Main Doktor-Doktor Dengan Teddy Bear, Tak Sangka Ini Yang Dia Jawab Bila Tanya Sakit Apa

"The real doktor cinta" - Netizen.

Cover image via @risa_saraswati (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, kanak-kanak pada usia tiga hingga enam tahun mempunyai imaginasi yang sangat tinggi

Jadi tidak hairanlah jika mereka nampak seronok dengan apa sahaja permainan yang mereka main. Kadangkala kita sebagai penjaga pun turut terhibur dengan imaginasi mereka ketika melihat mereka bermain. 

Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan gelagat seorang budak lelaki yang bermain doktor-doktor dengan teddy bearnya telah mencuit hati ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba beri jawapan bila ibu tanya teddy bear itu sakit apa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @risa_saraswati, kelihatan seorang budak lelaki sedang bermain doktor-doktor dengan teddy bear sambil dirakam oleh ibunya.

Apa yang menghiburkan ramai adalah apabila dia nampak bersungguh-sungguh menggunakan permainan stethoscope itu sambil siap memejamkan mata seolah-olah membuat rawatan sebenar.

Lebih melucukan lagi, apabila ibunya bertanya teddy bear tersebut mempunyai sakit apa, dia dengan selamba memberitahu sakit hati. Hal ini telah mengundang tawa ibunya.

"Doktor ni check atau tidur? Hahaha, betul-betul mendalami bunyi hati patient" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.2M views, 730.4K likes serta 10.3K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu budak lelaki tersebut bermain dengan teddy bearnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kecil-kecil dah tahu sakit hati ya. Pandai betul adik ni :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: