"French Fries" - Kirim Ubi Kentang Sebab Nak Masak Kari, Sekali Lain Pula Yang Dibelinya
Eh bukan kentang yang itu bang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila ingin melakukan tugasan memasak di dapur, ia memerlukan kita untuk mengenali sayur-sayuran seperti ubi, daun bawang dan lain-lain
Jika seseorang itu jarang memasak pasti mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengecam jenis-jenis sayuran. Hal ini akan membuatkan proses memasak jadi terbantut kerana kekurangan bahan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini berkenaan seorang lelaki yang tersalah beli kentang untuk memasak kari telah menghiburkan ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Minta kawan belikan ubi kentang untuk masak kari, tak sangka pula dia pergi belikan french fries
Menerusi video yang dimuat naik oleh @abangbullart, kelihatan dia sedang memasak kari ayam di dapur rumahnya. Difahamkan, sebelum itu dia sudah meminta pertolongan kawannya untuk membelikannya ubi kentang.
Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila kawannya itu tidak membeli ubi kentang tetapi dia boleh pula membeli french fries.
Hal ini membuatkan dia tidak terkata apa dengan kenaifan rakannya tentang hal-hal di dapur itu.
"Lain kali cakap ubi kentang bang. Dengan orang lelaki ni memang kena straight to the point" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 112K views, 8.3K likes serta 379 comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat lelaki tersebut yang tersalah membeli ubi kentang.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!