seismik

[VIDEO] Aunty Cina Tengah Buat Senaman, Sekali Terkejut Ramai Yang Ikut Dekat Belakang

Eh tiba-tiba dia yang lead.

Cover image via @syakzsendu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia sangat terkenal sebagai negara yang harmoni walaupun hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum

Keharmonian negara kita akan dapat dikekalkan jika keseluruhan masyarakat Malaysia dapat menjaga sensitiviti perkauman dan saling menghormati antara satu sama lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan gelagat sekumpulan anak muda yang mengikut senaman seorang aunty telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@syakzsendu

Terkejut anty tu tetibe ade jemaah kat blakang

original sound - Syakz sendu

Aunty pun terhibur bila pandang belakang tengok ramai yang ikut senamannya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syakzsendu, kelihatan seorang aunty berbangsa Cina sedang melakukan senaman sebelum memulakan aktiviti skating.

Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah apabila tanpa dia sedari di belakangnya terdapat sekumpulan anak muda berbangsa Melayu yang turut mengikuti senaman tersebut.

Lebih menarik, dia hanya mampu ketawa dan terhibur apabila menyedari gelagat sekumpulan anak muda tersebut.

"Bagusnya, kadang-kadang dengan macam ni je dah boleh rapatkan kaum Melayu dengan kaum Cina. Suka tengok" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat interaksi antara aunty Cina dan anak-anak muda berbangsa Melayu tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 195.2K tontonan, 34.4K tanda suka serta 245 komen di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul reaksi aunty tu terkejut tengok ramai yang ikut dekat belakang :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: