seismik

[VIDEO] Cucu Sibuk Bergelek, Nenek Pula Malas Layan Sampai Tak Lepas Tasbih Dekat Tangan

Steady nenek!

Cover image via @syukrishaharudin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, aplikasi TikTok merupakan antara platform media sosial yang sedang tular pada ketika ini

Tidak kiralah golongan tua ataupun muda, semuanya turut enjoy membuat serta melihat video di aplikasi tersebut. Ia merupakan sumber hiburan buat kita semua.

Namun, lain pula dengan video yang tular di baru-baru ini berkenaan seorang pemuda dan neneknya membuat video TikTok telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nenek tetap teruskan berzikir dan tidak melepaskan tasbih dekat tangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syukrishaharudin, kelihatan seorang pemuda sedang cuba untuk membuat trend TikTok, Marry Me bersama neneknya. 

Trend TikTok tersebut memang perlu berlakon seolah-olah malas hendak melayan. Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah apabila nenek pemuda itu betul-betul malas nak melayan kerenah cucunya itu.

Lebih menghiburkan, dia tetap meneruskan zikirnya dan tidak melepaskan tasbih di tangan walaupun cucunya itu nampak beria membuat trend tersebut di sebelahnya. 

"Jenuh nenek dok boost zikir banyak-banyak, cucu dok bergelek kat sebelah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 91.4K likes serta 969 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi nenek yang malas melayan cucunya itu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kelakar betul! Kuat betul iman nenek tak mudah terpengaruh dengan cucu dia :'D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: