seismik

"Sesuai Untuk Me Time" - Ini Antara 6 Underrated Movies Yang Anda Wajib Tonton

Sediakan popcorn siap-siap!

Cover image via Vogue , Roger Ebert , Netflix

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, setiap manusia di dalam dunia ini memang perlu masa untuk menyendiri atau lebih dikenali sebagai "me time"

"Me time" tidak bermaksud anda perlu manjakan diri dengan urutan di spa. "Me time" lebih kepada anda menggunakan masa yang ada untuk berehat dan recharge energy.

Tiada peraturan spesifik semasa “me time”, anda bebas melakukan apa sahaja asalkan ia dapat menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan kepada anda. Contohnya seperti menonton filem-filem menarik.

Di sini kami nak kongsikan enam buah underrated movies yang anda boleh tonton semasa "me time" anda. Pasti tak menyesal!

Image via giphy.com

1. Coda

Image via IMDb

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja berusia 17 tahun, Ruby. Dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang mendengar dalam keluarga yang pekak.Filem ini sangat memberi inspirasi kerana kita dapat melihat empathetic view daripada setiap watak utama dalam filem tersebut.

2. Kate

Jika anda seorang peminat genre action, anda memang wajib tonton movie ini. Ia dibintangi oleh dua orang pelakon yang sangat memberi impak dalam dunia action dan thiller iaitu Woody Harelson dan Mary Elizabeth Winstead.

Filem ini mengisahkan tentang Kate yang merupakan seorang pembunuh upahan. Dia terjebak di dalam dunia gelap ini oleh kerana traumanya ketika masih kecil, dia juga sangat mahir menggunakan senjata untuk melawan orang atasan. 

3. Eden Lake

Ramai yang berpandangan bahawa filem ini merupakan antara filem seram terbaik yang pernah wujud. Jalan ceritanya memang realistik sehingga membuatkan anda rasa sangat dekat dengan setiap watak dalam filem tersebut. 

Ditayangkan pada tahun 2008, filem ini mengisahkan tentang sepasang kekasih yang pergi menenangkan diri di sebuah tasik terpencil dan mereka mula diganggu oleh sekumpulan remaja bermasalah. 

4. The Intern

Image via IMDb

Jika anda inginkan sesuatu yang comedy tetapi dalam masa yang sama inspiring, filem The Intern ini merupakan pililhan yang tepat. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki berusia 70 tahun yang telah pencen tetapi menjalankan internship dengan sebuah syarikat ternama.

Filem ini menggambarkan masalah-masalah yang dihadapi CEO wanita muda dalam mengimbangi kehidupan berkeluarga dan kerjayanya. Filem ini mengajar kita walaupun sudah meningkat usia namun ilmu dan pengalaman yang kita perolehi takkan pernah habis.

5. One For The Road

Image via IMDb

Anda peminat filem dari Thailand? Mungkin boleh masukkan filem ini dalam list anda. Percayalah filem ini bukan cerita tipikal sakit kanser yang anda pernah tengok sebelum ini.

Filem arahan director terkenal, Baz Poonpiriya ini mengisahkan tentang roller coaster kehidupan dua sahabat yang salah seorang daripadanya menghidap sakit kanser. Adegan-adegan dalam filem ini banyak menyentuh tentang realiti sebenar yang terjadi dalam kehidupan kita. 

6. Extreme Job

Image via IMDb

Kombinasi genre komedi dan action dalam filem memang ternyata menjadi kegemaran ramai. Filem ini antara salah satunya. Ia mengisahkan tentang sekumpulan polis yang membuat undercover menjadi peniaga restoran ayam goreng untuk menangkap penjenayah. 

Walaupun filem ini dipenuhi dengan komedi tetapi lakonan action mereka memang sangat mantap. Konsep filem ini memang lain daripada yang lain. Setiap watak dalam filem ini juga mempunyai keunikan masing-masing yang buat anda tidak kering gusi sepanjang filem ditayangkan.

Mesti anda semua tak sabar nak tunggu hujung minggu kan? Diharapkan anda semua enjoy dengan filem-filem yang kami kongsikan ini! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: