Ini Cara Daftar & Semak Road Tax Di Aplikasi MyJPJ - "Kini Semuanya Dah Digital"
Jangan lupa download aplikasi MyJPJ terlebih dahulu di telefon pintar anda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum mengetahui, kerajaan telah mengumumkan langkah ke arah digitalisasi dalam perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Ini bermaksud lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian akan digunakan menerusi aplikasi MyJPJ.
Bermula 1 Februari 2024 lalu, rakyat Malaysia boleh renew lesen memandu online dengan menggunakan aplikasi MyJPJ daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jadi, selepas anda mendaftar, semuanya boleh ditunjukan secara dalam aplikasi MyJPJ sahaja. Namun, bagaimana caranya? Jom kami kongsikan.
Image via Berita Harian
Apa itu aplikasi MyJPJ?
MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang membolehkan orang awam melakukan transaksi atau urusniaga menggunakan telefon pintar (smartphone).
Orang awam boleh membuat transaksi seperti berikut:
- Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
- Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
- Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
- Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
- Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ).
- Laporan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
- Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) - fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak
Cara mendaftar MyJPJ
Buat masa ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan oleh individu warganegara Malaysia yang mempunyai JPJeID bagi perkhidmatan dalam talian JPJ.
Bagi, capaian kepada aplikasi MyJPJ bagi bukan warganegara atau kategori syarikat (bukan individu) sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan kelak.
Jadi, sebelum anda mahu renew lesen MyJPJ, anda perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi aplikasi MyJPJ. Berikut adalah cara mendaftar untuk aplikasi MyJPJ:
1. Muat turun aplikasi MyJPJ melalui platform
mudah alih:
- Apple App Store
- Google Play Store
- Huawei AppGallery
3. Masukkan nombor MyKad / MyPR / MyKAS
4. Isikan maklumat peribadi seperti yang diminta dan sahkan
5. Masukkan soalan keselamatan dan kata laluan
6. Berjaya
Cara semak lesen memandu dan lesen kenderaan di MyJPJ
Untuk semakan lesen memandu, anda perlu memilih menu dan klik pada ‘Semakan Lesen Memandu‘. Paparan di bawah akan muncul.
Image via Semakan Online
Image via Semakan Online
Manakala jika anda ingin menyemak lesen kenderaan, anda perlu klik pada ‘Semakan Lesen Kenderaan‘ di Bahagian Utama dan paparan di bawah akan muncul.
Image via Semakan Online
Image via Semakan Online
Anda akan dapat melihat paparan seperti gambar eLKM di bawah melalui aplikasi MyJPJ:
Image via Semakan Online
Melalui Inisiatif Pendigitalan JPJ, salinan fizikal LKM tidak perlu lagi dicetak, dipamerkan atau dilekatkan pada cermin kenderaan sepertimana pada masa ini.
Namun, buat masa ini orang awam masih diberikan pilihan sama ada memilih untuk mencetak dan mempamer fizikal disk LKM pada cermin kenderaan atau e-LKM secara digital melalui aplikasi MyJPJ.
Semoga cara ini membantu anda! ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment