Setiap Satu Ada 'Kod' Tersendiri, Ini 8 Maksud Sebenar Warna Baju Banduan Di Penjara
Patutlah ada warna yang tertentu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, penjara merupakan tempat di mana pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah
Penjara juga merupakan sebuah institusi penahanan dan pemulihan yang memiliki jentera dan kekuatan sumber manusia yang berkualiti dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah disarankan.
Di dalam penjara, banduan akan memakai baju mengikut warna atau 'kod' yang sudah tersedia. Namun, tahukah anda apakah sebenarnya maksud warna-warna baju yang dipakai oleh banduan? Jom kami kongsikan.
1. Oren
Baju berwarna oren bermaksud masih belum dikategorikan banduan. Ia merupakan baju lokap untuk mereka yang ditahan dan masih dibawah seliaan polis sepenuhnya.
2. Ungu
Untuk baju berwarna ungu pula, ia bermaksud untuk tahanan reman. Di mana orang kena tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah.
3. Putih
Manakala bagi baju berwarna putih, ia bermaksud untuk banduan yang menjalani hukuman singkat di bawah tempoh enam bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Malah, mereka ini perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.
4. Merah
Seterusnya untuk baju berwarna merah adalah warna baju peringkat pertama atau dipanggil 'kolar merah' ialah untuk penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas). Mereka akan dipakaikan selama tiga bulan dan kemudian akan ditukarkan kepada warna lain.
5. Hijau
'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan hingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Mereka akan menjalani program PPI iaitu pengukuhan sahsiah yang mengandungi pembelajaran agama dan terapi kemasyarakatan.
6. Biru
Bagi peringkat 'kolar biru' pula, ia adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan di penjara. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.
7. Hijau terang atau hijau florescent
Untuk baju berwarna hijau terang atau hijau florescent ini, ia merujuk kepada banduan 'pra-bebas'. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan.
8. Putih dengan kolar dan lengan merah
Dan maksud warna baju yang terakhir adalah baju putih dengan lengan merah. Ia boleh dikatakan peringkat paling 'menakutkan' bagi sesiapa saja. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai 'banduan akhir' (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan mahkamah agong agar dikurangkan hukuman mati kepada hukuman hayat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!