seismik

Percaya Atau Tidak, Ini 5 Kes Ajaran Sesat 'Popular' Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

Harapnya semua yang terlibat sebelum ini sempat bertaubat.

Cover image via Wikipedia & Zulkifli Al-Bakri

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan harmoni

Walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.

Namun, tahukah anda di negara kita telah banyak berlaku kes ajaran sesat yang rata-ratanya terdiri dalam golongan mereka yang beragama Islam. Ajaran yang diajarkan pula dikatakan sesat sehingga telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

5 ajaran sesat yang pernah berlaku di Malaysia:

1. Kerajaan Langit

Image via Kosmo

Ayah Pin.

Image via Berita Harian

Kerajaan Langit ialah sebuah kumpulan agama yang diasaskan oleh Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah pin sekitar tahun 1941 hingga 2016.Kumpulan ini berpusat di Hulu Besut, Terengganu, Malaysia.

Ayah Pin mendakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan langit dan dipercayai oleh pengikutnya untuk menjadi penjelmaan semula Yesus, Buddha, Shiva, dan Nabi Muhammad.

Penganut-penganut Kerajaan Langit percaya bahawa satu hari nanti, Ayah Pin akan kembali sebagai Imam Mahdi. Pengikutnya menganggap beliau raja langit dan objek yang tertinggi pengabdian untuk semua agama. Ia diisytiharkan sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Al-Arqam

Image via MAIS
Image via Efazan

Darul Al-Arqam merupakan gerakan sesat di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah.

Dia telah mengembangkan pengaruh sesatnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia dan beberapa negara luar seperti Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.

Di antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin umat Islam.

Meskipun terdapat pengisytiharan taubat daripada kumpulan ini namun fatwa yang pernah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak pernah ditarik balik kerana dipercayai masih ada saki baki pengikutnya yang mengamalkan ajaran yang telah diharamkan ini.

3. Taslim

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Ajaran Taslim atau ajaran Matahari didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Mengikut sejarah, ajaran ini terkenal sebagai ajaran sesat paling lama yang wujud sekitar 1870-an dan berpusat di sebuah Kampung Seronok Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Di antara ciri-ciri ajaran ini ialah tidak perlu sembahyang kerana Allah akan bersama-sama berserta tubuh badan kita, iaitu apabila mengucap.

Mereka juga menolak lapan buah hadis mengenai perkara Israk dan Mikraj Rasulullah SAW iaitu mengenai pensyariatan atau kewajipan menunaikan solat lima waktu dan menggangap hadith tersebut adalah bohong dan rekaan sahaja.

Malah, Haji Ahmad Matahari atau Haji Muhammad Syafie sebagai pengganti Rasulullah SAW setelah baginda wafat.

4. Millah Abraham

Image via Harian Metro

Asal usul Millah Abraham @ Ibrahim dikaitkan dengan rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia yang diteraju oleh Ahmad Musodiq.

Ajaran itu dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon, di Jawa Barat Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir.

Pun begitu, ajaran sesat ini aktif berkembang dari masa ke semasa secara tersembunyi dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Mereka meyakini ajaran itu adalah ajaran yang lurus lagi benar setelah jatuhnya Kerajaan Islam Abbasiyah, manakala Islam yang diamalkan pada hari ini adalah palsu. Dakwaan itu mengakibatkan sesiapa sahaja selain daripada pengikutnya menjadi sesat.

Kumpulan ajaran sesat itu juga menafikan kefardhuan solat lima waktu dan solat Jumaat, selain mewajibkan bai'ah dan berpegang dengan bai'ah.

Mereka terlalu taksub dengan dakyah sehingga sanggup membuang keluarga, ibu bapa, isteri dan lain-lain hanya kerana tidak mengikut Millah Abraham @ Ibrahim ini, malah menggabungkan kitab suci tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

5. Tuhan Harun

Ketua ajaran sesat Harun Mat Saat yang dikenali sebagai "Tuhan Harun".

Image via Malaysia Kini

Harun dikatakan mempunyai seramai 312 orang pengikut setia yang mempercayainya. Pengikutnya terdiri dari berbagai latar belakang.

Tidak kira sama ada muda atau tua, bekerja atau menganggur, berpendidikan tinggi atau tidak, semuanya diterima dan dijadikan sebagai pengikut ajaran atau penyokong kumpulannya khususnya melalui ceramah dan taklimat program untuk perniagaan.


Terdapat beberapa ciri-ciri ajaran “Tuhan Harun”. Setiap pengikutnya sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan ketua mereka termasuklah membunuh. Kenyataan ini boleh dilihat pada kes tembakan dan pembunuhan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Raflli Abdul Malek (Sinar Harian 2013).

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik, Harun Bin Mat Saat mengakui dirinya Tuhan dalam beberapa buah dokumen bercetak yang telah dibukukan. Antara buku tersebut ialah Cerita Tuhan 2013, Bedah Siasat Fizikal dan Spiritual Tuhan, Tuhan Satu Rahsia, Kalam Tuhan, Faktasifik dan sebagainya.

Sebagai umat Islam, janganlah kita cepat terpedaya dengan ajaran mereka ini. Mari kita sama-sama berdoa agar diberikan perlindungan daripada perkara ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: