Ini Beza Kuih Tepung Pelita, Tako & Limas Yang Ramai Keliru
Ada perbezaan rupanya kesemua kuih ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila tiba sahaja pada bulan Ramadan, ada sesetengah juadah yang akan menjadi rebutan
Antaranya adalah kuih tepung pelita kerana ia hanya akan mudah didapati pada bulan Ramadan sahaja. Jarang sekali nak jumpa orang yang jual kuih tepung pelita ini pada hari-hari lain betul tak?
Namun, ada juga yang keliru di antara kuih tepung pelita, kuih tako dan kuih limas ini. Walaupun rupa ketiga-ketiga kuih ini seakan-akan sama tetapi bahan yang digunakan berbeza sebenarnya.
Jadi, apa yang membezakan ketiga-tiga jenis kuih ini? Jom kita lihat.
Kuih tepung pelita
Kuih tepung pelita diperbuat daripada tepung beras. Ia berwarna putih di bahagian atas dan hijau di bahagian bawah. Kuih ini dimasak diatas api dahulu kemudian baru dituang ke dalam acuan. Acuan tepung pelita adalah menggunakan daun pisang juga.
Kuih limas
Bagi kuih limas, ia diperbuat dari tepung gandum sahaja. Lapisannya bawahnya sama seperti kuih tepung pelita iaitu berwarna hijau dan ditabur gula. Kuih limas dimasak dengan cara kukus atas api untuk bahagian bawah dan atas. Acuan kuih limas sama juga kuih tepung pelita menggunakan daun pisang.
Kuih tako
Kuih tako diperbuat dari tepung jagung atau tepung hoe kwee. Kaedah membuat kuih ini sama seperti kuih tepung pelita iaitu dimasak atas api. Lapisan bawah kuih ini juga berwarna hijau. Namun, sesetengah orang akan meletakkan sengkuang cina pada lapisan bawah untuk menyedapkan lagi rasanya. Acuan kuih tako ini pula diperbuat dari daun pandan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!