makan

Tiga Bahan 1 Hidangan, Ini Resepi Peanut Butter Homemade Yang Lagi Sihat & Bebas Pengawet!

Mudah sahaja sebenarnya cara menghasilkan mentega kacang di rumah. Jom cuba!

Cover image via Aida Razalli

Mentega kacang sememangnya kegemaran orang ramai kerana rasanya yang lemak dan sesuai dinikmati dengan apa sahaja

Tetapi kebanyakan mentega kacang yang dijual di pasar raya, mempunyai pelbagai bahan-bahan pengawet dan kandungan gula dan garam yang berlebihan. Tetapi sebenarnya mentega kacang sangat mudah untuk dihasilkan di rumah. Malah, lebih sihat dan murah kerana anda hanya memerlukan 3 bahan sahaja.

Untuk resepi peanut butter yang mudah, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Aida Razalli yang telah mendapat sebanyak 1.6k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram kacang shandong
  • 1 sudu minyak sayuran
  • 1 sudu madu

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c.

2. Bakar kacang pada suhu 180°c selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.

3. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya, pastikan kulitnya dikupas sebelum dikisar.

4. Masukkan kacang yang telah dibakar ke dalam pengisar.

5. Kemudian, tambahkan minyak masak dan madu.

5. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda.

6. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki, maka mentega kacang anda sudah siap.

7. Masukkan mentega kacang yang telah siap ke dalam balang kaca dan simpankan di dalam peti sejuk.

8. Jika anda mahukan mentega kacang yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian, campurkan ke dalam mentega kacang halus tadi.

Apabila mentega kacang sudah siap, inilah hasilnya. Bukan sahaja mudah, malah lebih sihat berbanding yang dibeli di kedai. Memang puas hati!

Sumber resepi: Aida Razalli

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi sihat yang mudah di sini:

Leave a comment