Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 5 Menu Sahur Simple Dan Mudah Untuk Orang Bujang - "Senang Gila Nak Buat!"

Budak darjah 5 pun reti buat!

Cover image via Rasa Sirap Limau

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila dah tak duduk serumah dengan mak ayah, sudah pasti kita kena buat sahur sendiri bukan?

Terutamanya buat yang bujang dan para mahasiswa di luar sana yang sekarang tinggal sendiri dan mahu berjimat sepanjang bulan puasa ini.

Jadi kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 5 menu sahur yang sangat mudah dilakukan dan tidak menggunakan banyak bahan khas untuk semua yang mahu berjimat.

Image via giphy.com

1. Sambal Sardin Kentang Cili Padi

Image via Linda Mohd (Facebook)

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin
  • 2-3 biji bawang merah – kisar / tumbuk
  • 1-2 ulas bawang putih – kisar / tumbuk
  • Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – kisar / tumbuk
  • 1-2 biji cili merah – kisar / tumbuk
  • 1-2 biji ubi kentang
  • Garam, gula & perasa secukupnya
  • Limau nipis – jika suka

Cara-cara:

  1. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tumbuk atau kisar.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sardin yang telah diasingkan dari sosnya hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ubi kentang yang telah dihiris kecil.
  4. Kemudian tumis bahan kisar tadi namun jangan tumis hingga terlalu garing. Masukkan bersama sedikit air dari balang pengisar. Jika guna lesung, masukkan air dalam lesung sahaja.
  5. Jika suka, boleh masukkan juga sedikit sos sardin. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
  6. Bila kuah kelihatan sempurna dan pecah minyak, masukkan sardin dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang. Untuk rasa lebih padu, boleh perah sedikit jus limau nipis.

2. Nasi Goreng

Image via Sirap Limau

Bahan-bahan:

  • Nasi putih lebih semalam yang disimpan dalam peti sejuk
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 sudu makan cili boh
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • 100gm sawi (potong)
  • 100gm isi ayam (potong nipis)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Pecahkan dan masukkan telur, garam, isi ayam dan hirisan sawi. Gaul seketika.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

3. Telur Hancur

Image via Sirap Limau

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1/ 2 biji bawang merah besar (dicincang)
  • 1 sudu makan mayones
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
  4. Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.

4. Ayam Black Pepper

Image via rasa

Bahan-bahan:

  • 500gm isi ayam (hiris kecil)
  • Daun Bawang
  • Rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  • 3 biji cili merah (hiris memanjang)
  • 1 biji bawang besar (dadu kecil)
  • 5ulas bawang putih (cincang)
  • Halia (hiris halus)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
  3. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
  4. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
  7. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

5. Kerabu Crunchy

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2/3 cawan (25g) ikan bilis tanpa kepala
  • 1 biji bawang besar
  • 2 tangkai cili api
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar perahan limau

Cara-cara:

  1. Rendam ikan bilis dan goreng sehingga garing dan ketepikan.
  2. Hiris halus bawang besar, bunga kantan dan cili api.
  3. Kemudian, potong dadu tomato.
  4. Gaul semua bahan sehingga rata.
  5. Masukkan jus perahan limau serta perasakan dengan sedikit gula secukupnya kemudian sedia untuk dihidang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment