seismik

MCMC Kenakan Denda RM10,000 Seorang Terhadap Harith Iskander & Cecelia Yap Hina Agama

Difahamkan dua individu terbabit telah memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook pada 18 Januari lalu.

Cover image via Bernama & NST

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terlibat dalam isu persendakan agama Islam, Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000

Menerusi sebuah kenyataan media yang disampaikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dua individu yang terlibat atas kesalahan memuat naik dan memberi komen sensitif melibatkan agama Islam akan dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang.

"Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

"Selepas menerima permohonan daripada MCMC, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook.

"Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,"
tulis kenyataan itu.

Image via tvs

Berkaitan isu persenda agama Hindu, MCMC turut menyerahkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Stesen Radio ERA

Berhubung insiden video didakwa mempersendakan agama Hindu yang disiarkan stesen radio ERA di laman sosial mereka, MCMC akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya di samping telah menyerahkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada stesen radio tersebut.

"Susulan kes tersebut, MCMC telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam. Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta. Rakaman percakapan pihak terlibat dibuat bagi membantu siasatan.

"Notis Niat bagi Penggantungan Lesen turut diserahkan kepada pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio ERA FM.

"Pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil,"
kata kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: