seismik

PMX Arah Pendidikan AI Diperluaskan Lagi Ke Semua Universiti & Sekolah Menengah

Menurut Perdana Menteri, penguasaan dan keupayaan AI oleh sumber tempatan dilihat menjadi keutamaan terhadap pelabur-pelabur besar yang masuk ke negara ini.

Cover image via Berita Harian & Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pendidikan kecerdasan buatan (AI) diperluas ke semua unversiti dan sekolah menengah

Menerusi laporan Berita Harian, Anwar memberitahu perkara ini penting bagi meningkatkan tahap penguasaan generasi-generasi muda dalam bidang itu disebabkan tahap penguasaan terhadap AI yang masih terbatas.

"Sedangkan ia (AI) akan menjadi penentu sama ada Malaysia bakal memiliki keupayaan daripada sudut peningkatan produktiviti khususnya dalam bidang baharu.

"AI ini satu pendekatan mencabar kerana walaupun ini kita jadikan dasar yang jelas, tetapi penguasaannya masih terbatas.

"Arahan kepada semua pusat pendidikan, termasuk sekolah menengah dan univerisiti memberikan tumpuan kerana saya berpendapat penguasaan AI ini akan menentukan sama ada Malaysia ada keupayaan daripada sudut peningkatan produktiviti," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Berita Harian

Pelabur-pelabur besar sedang melihat keupayaan sumber tempatan terhadap AI sebagai keutamaan

Tambahnya, penguasaan dan keupayaan AI oleh sumber tempatan dilihat menjadi keutamaan terhadap pelabur-pelabur besar yang masuk ke negara ini.

Perdana Menteri pada Mei tahun lalu telah melancarkan Fakulti AI pertama di Malaysia bersempena penganjuran Pameran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI Nexus 2024).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti pertama di negara yang menubuhkan fakulti berkenaan dan sudah menerima 97 pelajar mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: