KTMB Tawar Tren Tambahan Untuk Orang Ramai Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri
Dapatkan tiket sekarang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah 4 lagi perjalanan tren ETS untuk menampung lonjakan permintaan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 28 Mac hingga 6 April ini
KTMB akan menyediakan dua trip tambahan ETS bagi laluan KL Sentral-Padang Besar dan dua perjalanan tambahan laluan KL Sentral-Butterworth.
Tren perjalanan KL Sentral-Padang Besar akan berhenti di stesen-stesen Sungai Buloh, Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Sungai Petani sebelum tiba di Padang Besar.
Tren bernombor EP9283 akan berlepas dari Padang Besar pada 11.05 pagi dan dijadualkan tiba di KL Sentral pada jam 4.30 petang.
Sementara itu, tren bernombor EP9286 akan berlepas dari KL Sentral pada pukul 5 petang dan dijadualkan tiba di Padang Besar pada pukul 10.20 malam.
Sementara itu, tren laluan KL Sentral-Butterworth akan berhenti di stesen seperti Sungai Buloh, Tanjung Malim, Ipoh, Taiping, dan Bukit Mertajam.
Bertolak dari KL Sentral pada jam 4.45 petang, tren EP9186 akan tiba di Butterworth pada jam 8.50 malam.
Untuk perjalanan return trip, kereta api EP9185, akan bertolak dari Butterworth pada jam 11.20 pagi, tiba di KL Sentral pada jam 3.25 petang.
Tiket telah mula dijual bermula 10 pagi, 4 Mac
Dapatkan tiket sekarang melalui laman web KTMB, aplikasi KTMB atau di kiosk di stesen KTMB berdekatan dengan anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!