[VIDEO] Puasa Pertama Tanpa Ibu, Zarina Zainuddin Sediakan Sahur Untuk Anak Akiko Okumura
Difahamkan, jenazah Allahyarham Akiko selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya pada Sabtu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Zarina Zainuddin menyediakan juadah sahur kepada Sky Taizo Okumura yang telah kehilangan ibunya, Akiko Okumura baru-baru ini
Menerusi sebuah hantarannya di Instagram, Zarina telah berkongsikan video dirinya merakamkan suasana suram anak kepada usahawan dan influencer, Ridzuan Ridzokumura, Sky Taizo yang pertama kali menyambut Ramadan tanpa ibu.
Zarina berkata dia tetap berusaha sediakan hidangan yang hampir sama walaupun tahu ia tidak akan menandingi air tangan Allahyarham Akiko Okumura.
"Sky, saya tidak tahu bagaimana untuk menyediakan hidangan seperti ibu awak tetapi saya berusaha mencari sushi semalam.
"Juadah itu seakan-akan hidangan yang biasa disediakan Akiko," katanya.
Zarina dan kanak-kanak berkenaan mempunyai hubungan sepupu
Menerusi caption yang ditulis pada hantaran berkenaan, Zarina memberitahu dia sedang bersahur bersama Sky dan pak ciknya, Ridzuan.
"Assalamualaikum, selamat berpuasa semua, first day bersahur bersama Sky dan pak cik saya @ridzokumura.
"Semoga Allah permudahkan perjalanan ramadan buat mereka tampa Akiko disisi," tulisnya.
Jumaat lalu, Ridzuan mengumumkan isterinya telah meninggal dunia, namun punca kematiannya tidak didedahkan.
Jenazah Akiko dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor semalam. Ridzuan telah berkahwin dengan Akiko, yang berasal dari Jepun, pada Februari 2009.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!