Hanya Dijual Dengan Harga RM1, Ayam Golek 'Sold Out' Tak Sampai Satu Jam
Difahamkan, ayam golek berkenaan dijual pada harga RM21 seekor pada hari biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 300 ayam golek yang ditawarkan dengan harga RM1 sempena hari pertama Ramadan habis dijual tidak sampai satu jam
Menerusi laporan Berita Harian, pengurus sebuah restoran di Jalan Langgar di Alor Setar yang mengadakan promosi tersebut, Mohamad Amri Mhd Shukri berkata seawal jam 2 petang, orang ramai telah beatur mendapatkan nombor giliran walaupun juadah itu mula dijual bermula jam 3.30 petang.
"Kami menjual ayam bakar RM1 pada hari pertama berpuasa saja sebagai promosi supaya orang ramai ke bazar yang kami buka sendiri di perkarangan restoran sepanjang Ramadan ini.
"Memang tidak disangka nombor giliran akan habis pada jam 2.30 petang walaupun juadah itu hanya boleh dibeli satu jam kemudian.
"Malah, ada yang sanggup datang dari jauh termasuk Perlis, untuk mendapatkan ayam golek jualan kami ini tetapi setiap pelanggan dibenarkan membeli seekor saja," katanya.
Dijual dengan RM1 kerana ada individu yang berinfaq
Tambah Mohamad Amri, selain tujuan mempromosikan perniagaan mereka, penjualan ayam golek dengan harga RM1 itu juga dilakukan kerana terdapat individu yang berinfaq.
Menurutnya, pihak restoran bersedia menawarkan harga jualan RM1 sekali lagi jika ada individu yang ingin berinfaq pada bila-bila masa di lokasi sama.
"Kami sudah berniaga Bazar Ramadan di sini sejak tahun lalu tetapi kurang mendapat sambutan ketika itu.
"Alhamdulillah pada Ramadan kali ini, ia mendapat sambutan, malah ada banyak lagi gerai makanan lain yang dibuka di sini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!