Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Senarai Koleksi Terbaik Jersi ‘Harimau Malaya’ Pernah Ada - “2010 Paling Menyala”

InsyaAllah, harap lepas ini jenama lokal pula sponsor Harimau Malaya.

Cover image via Pinterest GOAL.com

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jersi baru Harimau Malaya baharu sahaja dilancarkan dan kali ini Malaysia hadir dengan tajaan terbaharu dari jenama PUMA

Image via FAM (Facebook)

PUMA dan FAM telah menandatangani kerjasama empat tahun sebagai penaja rasmi skuad bola sepak Malaysia.

Jadi, sempena pelancaran jersi baharu ni, jom kita recap balik antara jersi-jersi yang pernah disarung pasukan bola sepak kebangsaan kita!

1. Umbro (1978 - 79)

Pasukan kebangsaan menyarung jersi ini semasa kejohanan Pesta Bola Merdeka 1979 ketika itu di bawah kendalian Mohamad Bakar sebagai jurulatih.

Image via Switch Image Project

Image via Switch Image Project

2. Adidas (1980 - 81)

Siapa yang tidak kenal dengan jersi ikonik ini bukan? Jersi ini disarung ketika Malaysia berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 sekaligus layak ke Sukan Olimpik 1980.

Image via Switch Image Project

Image via Kash Pictures (Facebook)

3. Adidas (1982 - 83)

Jersi ini juga boleh dikatakan antara jersi terbaik Harimau Malaya pernah ada. Tambahan pula gambar ikonik legenda bola sepak tanah air menyarung jersi ini menambah lagi harga yang ada pada jersi ini.

Image via googleapis.com

Image via GOAL.com

4. Adidas (1986 - 88)

Jersi ini juga dilihat sebagai antara jersi yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Pasukan kebangsaan pernah menyarung jersi ini ketika Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka tahun 1986 menewaskan pasukan Czechoslovakia XI 3-0.

Image via Switch Image Project

Image via Legasi Lagenda (Facebook)

5. Adidas (1996)

Pasukan negara telah menyarung jersi ini ketika menyertai kejohanan Tiger Cup (kini dikenali sebagai Mitsubishi Electric Cup) yang berlangsung buat pertama kali merebut kejuaraan antara negara-negara ASEAN.

Image via WORLDSHIRTS

Image via Football Kit Archive

6. Adidas (2000 - 01)

Jersi ini dilihat sebagai antara jersi terunik Malaysia pernah ada dengan reka bentuknya yang agak lari dari norma jersi bola sepak.

Jersi ini pernah disarung ketika Malaysia mendapat tempat ketiga dalam kejohanan AFF Tiger Cup 2000.

Image via carousell

Image via Retro Bola Sepak

7. Nike (2010 - 12)

Terus ke tahun 2010, tahun paling diingati setiap peminat bola sepak kebangsaan di mana Malaysia telah menjuarai kejohanan AFF menewaskan jiran seberang, Indonesia.

Disebabkan momen ini, jersi ini menjadi jersi paling ikonik pasukan bola sepak Malaysia pernah ada.

Image via Switch Image Project

Image via EUROSPORT

8. Nike (2014 - 16)

Dengan reka bentuk yang lebih simple dan minimalis, jersi ini juga menjadi antara jersi yang diingati peminat bola sepak di Malaysia.

Siapa saja yang tidak ingat momen di mana Indra Putra menjaringkan gol bergaya menewaskan Singapura di gelanggang sendiri dengan skor 3-1.

Image via FOOTY HEADLINES

Image via Pinterest

9. Nike (2018 - 20)

Akhir sekali, juga antara momen terindah pernah disaksikan jersi ini disarung skuad kebangsaan semasa Malaysia menghidupkan peluang ke Piala Asia setelah menewaskan Thailand 2-1 pada 2019.

Dengan corak belang harimau serta lambang bulan dan bintang pada belakang baju menjadikan jersi ini antara jersi yang menarik Harimau Malaya pernah ada.

Image via FOOTY HEADLINES

Image via Bernama

Jadi, ada tak jersi pilihan korang dalam list ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment