Ini Top 6 Taman Tema Pernah Wujud & 'Ditinggalkan' Di Malaysia. Seram Sejuk!
Pernah popular suatu ketika dulu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika kita berkunjung ke taman tema, banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan
Kebiasaannya, ia akan dikunjungi oleh anak muda kerana aktiviti di situ lebih sesuai bagi usia muda. Namun, kanak-kanak dan warga emas juga masih boleh menikmati aktiviti di situ mengikut kesusaian mereka.
Tambahan lagi kalau taman tema itu popular dan viral, memang ambil masa lama nak beratur untuk menaiki setiap permainan betul tak?
Tahukah anda, di Malaysia ini terdapat beberapa taman tema yang kini 'ditinggalkan' akibat daripada masalah tertentu. Jom kami kongsikan kepada anda.
Enam taman tema di Malaysia yang 'ditinggalkan':
6. Wet World Wild Adventure Park, Penang
Image via Penang Cat Center
Taman tema ini terletak di Moonlight Bay, Batu Ferringhi. Ia merupakan salah satu taman tema air yang ditunggu-tunggu oleh warga Pulau Pinang.
Namun begitu, banyak aduan diterima mengatakan mereka makin susah untuk mengakses bahagian pantai dan tiket dikhabarkan semakin lama semakin mahal. Disebabkan itu, taman tema ini terpaksa ditutup lepas dibuka tak sampai setahun.
5. Taman Teman Air Safari Lagoon, Kuala Lumpur
Image via neoseven07 (YouTube)
Taman tema ini unik kerana ia adalah taman tema rooftop pertama dibina di atas pusat beli-belah. Terletak di Pandan Safari Shopping Complex dan menjadi taman tema ketiga yang terbesar di Asia Tenggara pada tahun 1998.
Namun, berlaku satu kejadian apabila ada yang mendakwa seorang pekerja di situ telah terbunuh kerana terperangkap dalam pam air. Malah, dikhabarkan taman tema tu beroperasi tanpa lesen selama lebih lapan tahun yang lalu. Selepas banyak kes yang timbul, taman tema tu akhirnya ditutup.
4. Desa Water Park, Kuala Lumpur
Image via NST
Taman tema ini pernah menjadi popular suatu ketika dahulu. Di sini terdapat gelongsor air terpanjang di Asia pada ketika itu.
Namun, mereka akhirnya menutup operasi dan taman tema ini telah dijual kepada sebuah syarikat untuk projek pembangunan.
3. Mines Wonderland Theme Park, Selangor
Image via Blogspot
Mines Wonderland merupakan salah satu taman tema paling menakjubkan di awal pembukaannya kerana terdapat banyak tarikan dan permainan menarik di sini.
Namun, taman tema ini terpaksa ditutup pada tahun 2011 dan digantikan dengan Mines Wellness City yang kita lihat hari ini.
2. Starlight Express Theme Park, The Mall, Kuala Lumpur
Image via Google
Taman tema yang terletak di The Mall Jalan Putra ini memang popular suatu ketika dahulu. Banyak keluarga gemar berkunjung ke taman tema ini disebabkan antara tempat best untuk dikunjungi.
Namun, lama-kelamaan ada lebih banyak pusat beli-belah baru. Jadi The Mall dah tak berapa mendapat sambutan dan akhirnya terpaksa ditutup pada tahun 2006.
1. Mimaland, Selangor
Image via NST
Pada tahun 1971, taman tema pertama di Malaysia dibuka kepada orang ramai. Waktu ini semua orang teruja nak pergi ke Mimaland. Ia juga menjadi tempat untuk keluarga nak bersuka ria habiskan masa dengan keluarga.
Tetapi, disebabkan banyak sangat insiden malang dan kejadian buruk berlaku, taman tema itu terpaksa ditutup.
Kalau tengok depan-depan semua tempat ini sekarang memang takut!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment