Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Yang Patut Anda Dilakukan Sebagai Pelajar Selepas Selesai Menduduki Peperiksaan SPM

Take note guys!

Cover image via Sirap Limau Harian Metro

Persoalan ini mungkin bermain di fikiran setiap pelajar yang bakal atau sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Iyalah, kadang-kadang kita tak tahu ke mana hala tuju kita selepas SPM bukan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Walaupun ada yang sudah membuat perancangan lebih awal, tetapi ada juga yang masih tercari-cari ke mana hala tuju mereka selepas ini. Bagi ibu bapa pula, mungkin ada juga yang sudah mengaturkan strategi yang terbaik untuk anak-anak berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan penting sebelum ini.

Lain orang lain caranya. Selepas SPM, masih jauh lagi perjalanan pelajar-pelajar ini. Ada yang perlu membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke tingkatan enam atau matrikulasi.

Ada juga yang mahu terus sambung Diploma sahaja. Tidak kurang juga yang sudah menanamkan azam untuk menyambung pengajian ke luar negara. Semua perancangan itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tapi sebenarnya, selepas SPM apa yang pelajar-pelajar ini patut lakukan?

Adakan perbincangan dengan ibu bapa tentang hala tuju hidup

Pasti ada yang berpendapat mahu kerja secara sambilan dulu, tak salah benda itu. Sementara tunggu keputusan SPM keluar, bolehlah lakukan perkara-perkara yang bermanfaat seperti kerja sambilan dan berniaga. 

Bagaimanapun, menurut Puan Azrin, pensyarah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sepang, dalam zaman pandemik ini mungkin pelajar-pelajar berasa sedikit runsing dengan hala tuju mereka. Jadi, ibu bapa boleh memainkan peranan berbincang dengan anak-anak untuk tentukan matlamat mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Ibu bapa mungkin boleh bertanyakan apa impian atau minat anak-anak dan berbincang apa yang mereka boleh lakukan sementara tunggu panggilan masuk ke menara gading.

Jika sukar untuk dapatkan kerja secara sambilan disebabkan pandemik ini, apa yang pelajar boleh lakukan adalah mengikuti kelas kemahiran secara atas talian. Mungkin ada yang datang dari keluarga kurang senang, boleh gunakan masa yang terluang untuk tambah kemahiran. Menurut Azrin, banyak kelas-kelas kemahiran yang boleh disertai secara maya seperti kelas bakery, menjahit, atur cara komputer dan lain-lain.

Kemahiran yang diperolehi itu pula nanti boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Sekiranya pelajar kekurangan modal, boleh juga sertai perniagaan tanpa mengeluarkan modal seperti menjadi ejen dropship. Sekarang ini macam-macam boleh dilakukan, dan apa yang pelajar lakukan selepas SPM itu sedikit sebanyak akan menambah kemahiran insaniah pada diri sendiri.

Lengkapkan diri menerusi kelas-kelas kemahiran

Selain pendapat dari pensyarah, pendapat dari seorang wakil pelajar juga tidak jauh beza berdasarkan pengalaman yang sudah dilaluinya. Menurut pemuda yang dikenali dengan nama Hafiz, yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, selepas SPM pelajar disarankan untuk menceburi atau mengikuti kelas-kelas kemahiran seperti photoshop, video editingautoCAD dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Oh Bulan

Selain itu, dia turut menyarankan untuk pelajar-pelajar membuat persediaan rapi dari segi fizikal dan mental sebelum memasuki alam Universiti. Mungkin sepanjang tempoh menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti, kita sudah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran lain seperti keusahawanan. Jadi apabila melangkah masuk ke menara gading, kemahiran-kemahiran itu masih dapat digunakan.

Hafiz juga menasihatkan agar pelajar membuat perancangan dengan ibu bapa tentang hala tuju pendidikan mereka. Jangan malu juga untuk dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. 

Mungkin hasil perbincangan itu, pelajar akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang hala tujunya selepas SPM. Tambahan lagi, orang lain seperti ibu bapa dan guru-guru kita mungkin lebih nampak kelebihan yang ada pada diri kita. Jadi dari situ kita tahu haluan hidup mana yang perlu kita pilih.

Belajar bidang lain, bekerja bidang lain

Selepas berjaya melangkah ke menara gading, pelajar diingatkan pula untuk tidak cepat cemas sekiranya tiba-tiba merasakan jurusan yang diambil itu tidak kena dengan diri. 

Sebab itu persiapan mental yang rapi adalah penting. Jangan jadikan ‘susah’ itu sebagai satu alasan, tetapi jadikan ia sebagai batu loncatan untuk tingkatkan diri pada masa akan datang. Apa yang penting, kita tingkatkan kemahiran diri dari semasa ke semasa dan dapatkan nasihat pakar berhubung perkara terbabit.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Freepik

Oleh kerana kita sudah melengkapkan diri dengan soft skill selepas tamat peperiksaan SPM, jadi nilai diri kita juga semakin tinggi untuk memasuki bidang pekerjaan luar dari jurusan kita. 

Boleh jadi di Universiti kita mengikuti jurusan kejuruteraan, tetapi bekerja dalam bidang graphic design disebabkan kemahiran yang telah kita perolehi itu. Industri sekarang pun banyak mencari graduan-graduan yang berkemahiran tinggi.

Jadi, rancanglah perjalanan dan hala tuju anda selepas SPM dengan baik. Bila masuk ke menara gading pula, ingat tanggungjawab kita pada diri dan keluarga. Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.

Kool FM Memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru. Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di sini.

Penulis : Hamka

Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.

Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!

Image via Kool FM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment