Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ingat Lagi Najib Mengamuk Waktu Wawancara? Haa... Interview Itu Menang Award Di UK!

Wawancara yang bertajuk Najib Speaks – 101 East itu telah berjaya merangkul anugerah dalam UK Royal Television Society’s (RTS).

Cover image via Twitter @asrulmm

Wawancara DS Najib Razak dengan Mary Ann Jolley dari saluran Al-Jazeera telah dianugerahkan 'Interview of the Year' pada Anugerah Persatuan Televisyen Royal yang berprestij di London

Wawancara yang bertajuk Najib Speaks – 101 East itu telah berjaya merangkul anugerah dalam UK Royal Television Society’s (RTS).

Image via Twitter @AJ101East

Melalui laman web rasmi Royal Television Society, juri berpendapat wawancara bersama Najib menonjolkan contoh keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaan yang tidak dapat dilihat.”

Walaupun ceritanya memberi tumpuan kepada isu yang sedikit diketahui sebelum wawancara, ini tidak mengurangkan kemampuan penonton untuk memahami apa yang dilakukan oleh orang yang diwawancara,” katanya lagi.

Image via Twitter @asrulmm

Bukan itu sahaja, juri turut berpendapat pendekatan penemubual adalah menarik, pengetahuannya sangat tinggi dan keupayaannya untuk menggabungkan kesemuanya agak luar biasa.

Dalam wawancara tersebut, DS Najib telah menimbulkan kontroversi dengan bertindak keluar ketika siaran selepas didesak dengan pelbagai soalan ‘panas’ oleh penemubual Mary Ann Jolley

Dalam rakaman tersebut, beliau telah meminta Jolley mengemukakan soalan berkaitan ekonomi negara tetapi apabila dia melakukan sebaliknya, DS Najib bertindak berdiri dan meminta untuk keluar dalam keadaan marah.

Image via Twitter @asrulmm

DS Najib akhirnya duduk semula tetapi apabila berterusan diajukan soalan lain, beliau akhirnya bertindak untuk terus keluar daripada wawancara berkenaan. Namun, beliau telah meminta maaf dan akan menerima sebarang permintaan daripada Al-Jazeera untuk temubual lain.

Lihat wawancara penuh di bawah:

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment