[VIDEO] Najib Kena 'Grilled' Dengan Al Jazeera Sampai Tinggalkan Temuramah
Antara soalan-soalan yang diajukan oleh Al Jazeera adalah berkenan isu ‘berlian merah jambu’, ‘derma RM2.6 bilion’ dan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dilihat gagal mengawal perasaannya ketika ditemubual organisasi media antarabangsa Al Jazeera
Dalam temubual tersebut, DS Najib diajukan beberapa soalan 'panas' oleh Mary Ann Jolley untuk program 101 East.
Antara soalan-soalan yang diajukan oleh Mary Ann adalah berkenan isu ‘berlian merah jambu’, ‘derma RM2.6 bilion’ dan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lihat video di bawah:
Dalam temubual yang sama, Mary Ann turut mengajukan soalan mengapa dia diarahkan untuk pulang ketika membuat liputan tentang kes Altantuya Shaariibuu pada tahun 2015
Pada waktu itu, dia tidak berjaya memasuki Malaysia dan mendapat notis perlu pulang ke negara asal setibanya di KLIA.
DS Najib yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia mengakui secara terbuka bahawa beliau tidak menyesal mengusir pengacara rancangan tersebut (Mary Ann Jolley) dari Malaysia pada waktu itu.
“Baguslah kami usir anda. Anda hanya menyibuk. Di negara ini kami tiada toleransi terhadap (perbuatan) mereka-reka penipuan,” katanya.
Mary Ann pada ketika itu sedang menerbitkan sebuah dokumentari yang cuba menjelaskan banyak persoalan tidak terjawab berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia terbabit.
Lihat video di bawah: