Jaja Gambar Random Ibu Mengandung, Group Di Facebook Ini Terima Kecaman Ramai. Awas!
Bahaya betul sekarang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman sekarang pelbagai bentuk jenayah boleh berlaku kepada diri kita
Tidak kiralah baik dari tua atau muda, lelaki ataupun perempuan. Kita sememangnya perlu lebih berhati-hati, tambahan lagi buat golongan wanita.
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai kewujudan group Facebook memaparkan gambar ibu-ibu mengandung yang diambil secara senyap-senyap atau illegal candid telah mencuri tumpuan ramai.
Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @ant33ater di akaunnya.
Lihat posting itu di bawah:
Group khas kongsi gambar-gambar candid wanita mengandung
Menerusi posting tersebut, difahamkan group itu diberi dengan nama Koleksi Mak Buyung Malaysia semata-mata untuk berkongsi pelbagai gambar ibu mengandung.
Beberapa keping gambar screenshot juga turut dikongsi dalam posting tersebut menunjukkan komen-komen jijik mereka mengenai gambar itu.
Malah, gambar-gambar itu diambil secara senyap-senyap dan dikongsi di dalam group itu menjadi tatapan mereka.
Lihat gambar antara komen-komen daripada group itu:
Image via @ant33ater (Twitter)
Image via @ant33ater (Twitter)
Image via @ant33ater (Twitter)
Image via @ant33ater (Twitter)
Image via @ant33ater (Twitter)
"Omg, gila fettish group ni, kita pun tengah preggy risau pula" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut mengecam kewujudan group itu. Malah, ada juga yang sedang mengandung takut akan keselamatan diri mereka selepas melihat perkara tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4,212 retweets, 1,341 quotes tweets dan 3,785 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di Twitter:
Hati-hati semua! Lagi-lagi yang tengah mengandung tu :/
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment