Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jangan Sampai Kena Scam Untuk Bercuti! Ini Cara Semak Travel Agency Berdaftar Yang Sah

Pastikan anda tempah dengan agensi yang berdaftar.

Cover image via Travel Worlds TTS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang mengimpikan percutian di luar negara bukan?

Seperti yang kita tahu, percutian memerlukan bajet yang lebih terutama jika kita ingin bercuti ke luar negara. Tambahan pula, negara yang kita ingin pergi itu mempunyai nilai mata wang yang tinggi, jadi perlu lebih untuk menyimpan.

Namun, jika kita tidak biasa pergi ke negara tersebut adalah lebih mudah untuk kita menempah dari pakej pelancongan sahaja kerana mereka akan mengaturkan semuanya, daripada tempat melawat, makan sehinggalah ke penginapan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada yang memilih untuk DIY (Do it yourself) sendiri sahaja itinerari mereka kerana mahukan masa yang lebih dan boleh pergi ke mana sahaja mereka.

Tetapi, kita perlulah lebih berhati-hati jika mahu menempah pakej pelancongan dan memastikan mereka sah berdaftar. Hal ini kerana banyak berita yang kita boleh lihat individu ditipu syarikat pelancongan dek kerana mereka bukanlah syarikat berdaftar yang sah.

Oleh itu, di dalam artikel kali ini SEISMIK ingin membantu anda agar tidak ditipu oleh agensi pelancongan anda dengan menyemak adakah mereka agensi yang berdaftar.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak agensi pelancongan yang berdaftar:

1. Layari laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/

Image via MOTAC

2. Di bahagian menu, cari pada e-Perkhidmatan dan klik butang 'Semakan'

Image via MOTAC

3. Selepas itu, klik pada 'Agensi Pelancongan'

Image via MOTAC

4. Kemudian, masukkan 'Nama Syarikat/ No. Lesen' yang anda ingin atau tempah di ruangan kotak carian

Image via MOTAC

5. Klik butang 'Cari' dan lihat adakah syarikat tersebut berdaftar

Image via MOTAC

Untuk makluman anda, hasil carian yang dilakukan melalui laman web MOTAC akan memaparkan maklumat-maklumat seperti berikut:

  • Nama penuh syarikat
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • No. Lesen
  • Tempoh sah lesen
  • Jenis lesen
  • Bidang lesen

Jangan tertipu dan semak terlebih dahulu sebelum menempah dengan agensi ya! ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment