7 Tempat Menarik Di Cameron Highlands Jika Anda Datang Bercuti. Add To List!
Boleh plan dah ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai di sini yang sudah mula mengambil cuti panjang bukan?
Tak kisahlah bercuti dalam ataupun luar negara. Bercuti sememangnya dapat membantu untuk menenangkan minda kita daripada kesibukan kerja.
Jika di Malaysia, sebenarnya banyak saja tempat menarik yang kita boleh bercuti dalam pada merancakkan lagi industri pelancongan di Malaysia.
Antara tempat menarik yang boleh anda bercuti dan lawati semestinya di Cameron Highlands. Tapi, ada saja aktiviti dan tempat menarik di sini? Jom kami kongsikan kepada anda.
1. Taman Tea Boh
Antara tempat yang perlu anda lawati di Cameron Highlands adalah di Taman Teh BOH, ia mempunyai pemandangan indah ikonik dan menawarkan ladang teh yang terbentang luas. Selain itu, ada juga spot ootd yang anda boleh jumpa di sini untuk bergambar sebagai kenangan. Ditambah pula dengan menikmati air teh di sini.
Alamat: Brinchang: 39100 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (8.30am hingga 4.30pm) (tutup pada hari Isnin)
2. Taman Flora Cameron
Ia merupakan sebuah taman bunga yang terletak berdekatan di Ladang Kea. Bagi anda sukakan bunga, anda pasti akan suka melihat pelbagai jenis bunga yang mekar di sini. Selain itu, anda dapat berjalan-jalan sambil mengambil gambar di lorong yang dipenuhi bunga di taman ini.
Alamat: Lot 191, 39010 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari (9.30am hingga 7pm)
3. Taman Lavender Cameron
Selain flora park, terdapat satu lagi taman bunga bunga yang dikenali sebagai Lavendar Park. Taman ini bukan saja dipenuhi dengan pelbagai jenis lavender tetapi juga terdapat bunga lain seperti ros, daisy dan banyak lagi. Mereka juga mempunyai kedai yang menjual segalanya, daripada cenderamata kepada aiskrim perasa lavender buatan sendiri.
Alamat: 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis (9am hingga 6pm), Jumaat hingga Ahad (9am hingga 7pm)
4. Ladang Kea (Kea Farm)
Kea farm market merupakan tempat yang wajib anda singgah kerana di sinilah banyak barangan seperti sayuran, makanan, dan cenderahati untuk dibawa pulang. Di sini, sayuran dan buah-buahan memang segar. Wajib beli bila datang sini ya!
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari (7am hingga 7pm)
5. The Sheep Sanctuary
Berdekatan dengan ladang Kea, anda juga boleh singgah di The Sheep Sanctuary. Tempat ini menempatkan kambing biri-biri yang gebu dan comel. Pengunjung boleh memegang dan memberi makanan sendiri kepada kambing biri-biri.
Alamat: Pasar Malam Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari (9am hingga 5.30pm)
6. Cactus Valley
Selain taman bunga, anda juga boleh pergi ke Cactus Valley, dimana terdapat beberapa spesis kaktus di sini yang tak pernah ditemui di negara lain. Pelajari sepsis kaktus yang unik di sini dan bawa pulang pokok kaktus bersama anda.
Alamat: Cactus Valley, Pekan lama, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari (8am hingga 6pm)
7. Pasar Malam Golden Hill
Kalau dah bosan dan tahu nak jalan waktu malam tu, anda bolehlah singgah ke pasar malam Golden Hill. Tetapi, ia hanya dibuka setiap Jumaat sehingga Ahad. Terdapat pelbagai gerai yang menjual tanaman segar, buah-buahan, tanaman hiasan, permainan, cenderamata dan banyak lagi.
Alamat: 25, Jln Golden Hills 7, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu operasi: Jumaat hingga Ahad (5pm hingga 11pm)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!