seismik

Sudah Berstatus Bandar Raya, Ini 7 Tempat Menarik Di Subang Jaya Yang Wajib Anda Kunjungi

Menarik juga tempat-tempat ini.

Cover image via Sim Flight KL , Sunway Lagoon , PLUS

Umum mengetahui Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sudah diisytiharkan menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkuat kuasa pada Oktober yang lalu

Dengan pengisytiharan MBSJ, Selangor kini mempunyai tiga majlis bandar raya termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam, yang diisytiharkan pada 10 Oktober 2000 dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 20 Jun 2006.

Bandar raya ini sangat unik sekali kerana ia dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan awam dan tempat yang dapat menarik ramai pengunjung untuk datang ke kawasan ini.

Tidak hanya terkenal dengan pelbagai jenis restoran-restoran yang fresh dan in trend, malah bandar ini mempunyai tempat yang menarik serta unik untuk dilawati. Jom kita lihat:

1. Sim Flight KL

Image via Sim Flight KL

Sim Flight KL merupakan salah satu tempat yang menarik di Subang Jaya yang boleh dikunjungi oleh orang ramai.

Tempat ini menyediakan anda merasai pengalaman seperti memandu pesawat yang sebenar.

Apa yang lebih menarik suasana dalaman kokpit simulasi juga mirip dan seakan-akan seperti berada di dalam sebuah kapal terbang yang sebenar.

Anda juga boleh mencuba pesawat Air Bus A320, Boeing 737 ataupun bermacam-macam lagi pesawat jika anda datang ke sini.

Lokasi: Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor
Waktu Dibuka: 10:00 pagi hingga 8:00 malam
Harga: Mengikut packages yang telah disediakan
Website: http://simflightkl.com.my/

2. Farm In The City

Image via Motherhood

Farm In The City merupakan sebuah perkampungan zoo yang menempatkan pelbagai spesies haiwan yang menarik untuk dilihat.

Tempat ini juga sangat sesuai untuk berkunjung bersama ahli keluarga dan anak-anak kecil.

Bagi anda yang suka melakukan aktiviti yang membolehkan anda untuk berinteraksi dengan haiwan serta melihat kehijauan flora, tempat menarik di Subang ini wajib anda kunjungi.

Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Dibuka: Setiap hari 10:00 pagi hingga 8:00 malam. Tutup pada hari Selasa
Harga: Dewasa (MyKad) RM39,Kanak-kanak (MyKad) RM32 bawah 11 tahun 
Website: https://www.farminthecity.my/

3. Asean Water Sports Village Puchong

Image via Travel Malaysia

Jika anda sukakan aktiviti yang lasak, jadi inilah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.

Pusat rekreasi sangat popular dikalangan penggemar sukan lasak air kerana ia menawarkan pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan.

Antara sukan yang ditawarkan adalah Banana Boat, GX4, Graphic Deck, Aqua Fly, Fifty Four, Turbo Blast, Fish Fly dan Evo Pro 3.

Selain itu, terdapat juga aktiviti santai yang anda boleh lakukan bersama anak-anak anda iaitu bermain layang-layang ataupun berkayak.

Lokasi: 
2, 1, Jalan Raya 7, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Dibuka: Setiap hari 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Harga: Mengikut jenis aktiviti
Website: Facebook

4. Sunway Lagoon

Image via Sunway Lagoon

Adakah anda mencari ataupun makanan yang sejuk bagi menyegarkan kembali tubuh? maka Sunway Lagoon adalah jawapannya.

Sunway Lagoon merupakan taman temai air yang dibuka sejak tahun 1992.  Dari awal pembukaannya, taman ini sudah dibaik pulih dan ditambah fasiliti permainan air.

Ianya mempunyai lebih 80 tarikan pelancong yang terdiri dari Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park.

Malah, tempat ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Asia’s Best Waterpark and Asia’s Best Attraction oleh IAAPA juga membuktikan bahawa Sunway Lagoon adalah destinasi pelancongan hebat yang harus dikunjungi.

Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Dibuka: Setiap hari 10:00 pagi hingga 6:00 petang
Harga: Dewasa (MyKad) RM202,Kanak-kanak (MyKad) RM170
Website: https://sunwaylagoon.com/

5. Speedway Plus Go Kart

Image via PLUS

Tempat ini merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh mereka yang meminati sukan permotoran go kart.

Litar yang sepanjang hampir 1 kilometer (km) ini memang sangat mencabar dengan pelbagai jenis selekoh.

Jika anda mahu merasai pengalaman menaiki go kart di sini pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu kerana dikhuatiri penuh dan bertembung dengan acara yang akan dilakukan.

Lokasi:
Lebuhraya Utara - Selatan Hubungan Tengah, 47630 Subang Jaya, Selangor
Waktu Dibuka: Setiap hari 10:00 pagi hingga 6:00 petang
Harga: RM50 untuk 10 minit 
Website: Plus 

6. Skypark, One City Mall

Image via Hunt KL Office

Sebuah pusat pusat beli-belah yang sangat menarik untuk dikunjungi. Antara tarikan utama di sini ialah Skypark dimana ia berada di aras bumbung atas bangunan ini.

Skypark merupakan satu taman yang berada di atas bumbung di mana lantainya diperbuat daripada kaca yang jernih dan boleh nampak ke bahagian bawah.

Tempat ini sangat sesuai untuk santai dan melihat pemandangan sambil mengambil foto buat kenangan.

Lokasi:
1, F-11-01, Jalan USJ 25/1B, One City, 47650 Subang Jaya, Selangor 
Waktu Dibuka: Setiap hari 10:00 pagi hingga 10:00 malam
Harga: Percuma
Website: https://www.onecity.com.my/

7. Kilang Coklat Beryl's

Image via Lovely's Blog

Pasti ramai yang daripada merupakan penggemar coklat bukan? di sini anda bukan sahaja dapat membeli pelbagai jenis coklat.

Tetapi anda juga boleh melihat proses pembuatan coklat serta pembungkusannya melalui cermin kaca khas yang disediakan.

Antara coklat yang ada di sini ialah coklat strawberi, coklat almond dan sebagainya. Jangan terkejut ya, coklat nangka pun turut ada di sini!

Lokasi:
2, 1, Jalan Raya 7, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Dibuka: Setiap hari 8:00 pagi hingga 5:30 petang
Harga: Percuma
Website:https://www.berylschocolate.com.my/ 

Apa tunggu lagi, dah boleh plan dalam things to do dengan kawan atau keluarga untuk singgah ke tempat-tempat ini :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: