seismik

Tular Surat Beranak Baby Nama 'Mipan Zuzuzu', Bapa Ini Tampil Beri Penjelasan

Lagu ini pernah menjadi fenomena di media sosial.

Cover image via Mahzan Yusop (Faceook)

Siapa saja yang tidak pernah mendengar lagu Mipan Zuzuzu kerana ia pernah trending sebelum itu di semua platform media sosial terutamanya TikTok

Lagu itu menjadi hangat di seluruh negara selepas nyanyian seorang gadis Mat Salleh yang secara tiba-tiba menjadi trending.

Dikatakan lagu tersebut merupakan lagu komersial untuk sebuah makanan bijirin iaitu 'Miel Pops' yang juga terkenal di beberapa buah negara seperti Sepanyol, Rusia dan Itali.

Namun, lain pula dengan kejadian yang berlaku di laman Facebook baru-baru ini apabila tersebar gambar surat beranak seorang bayi yang diletakkan nama Mipan Zuzuzu Bin Mahzan.

Mahzan dan isteri.

Image via Mahzan Yusop (Faceook)

Gambar sijil kelahiran telah disunting sebelum dimuat naik

Menerusi sumber, bapa bayi tersebut yang dikenali sebagai Mahzan telah berkongsi gambar sijil kelahiran itu di laman Facebooknya dan menjadi tular.

Dia memberitahu gambar tersebut dimuat naik setelah mendapat sijil kelahiran anak lelakinya itu yang baru lahir pada 5 Novermber lalu.

Selain itu, dia mengakui bahawa gambar tersebut memang disunting pada bahagian nama anaknya untuk tujuan hiburan saja.

Isteri masih steady dan tahu suami suka bergurau

Mengaku memang seorang yang suka menyunting gambar, Mahzan memberitahu dia mendapat idea selepas mengambil surat beranak tersebut.

"Lepas ambil surat beranak tu saya tengok, rasa macam boleh edit"

"Jadi saya editlah nama tu dan share pada Facebook untuk hiburan kawan-kawan saja. Tak sangka pula boleh viral"

"Isteri saya pun tahu perkara itu tapi dia steady je. Dia tahu saya ni jenis suka bergurau," katanya.

Dia juga memberitahu nama sebenar anak keduanya itu bernama Marzuki Bin Mahzan.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi mereka apabila melihat gambar tersebut

Nasib baik si ayah tak letak betul-betul ya nama tu, kalau tak mahu menyanyi sambil panggil nama anaknya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: