seismik

"I Want This Cat" - Kucing Celup Kaki Dalam Mangkuk Kuah Mi Ini Jadi Perhatian Ramai

Sedap betul tengok dia makan.

Cover image via @catsdotexe (Twitter)

Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang digemari oleh semua lapisan umur. Ia sesuai dijadikan peneman hidup anda ketika bosan.

Ada sesetengah kucing itu cukup nakal dan ada juga yang manja membuatkan ramai terhibur dengan gelagat si comel ini.

Kadang kala kita sendiri tidak dapat menjangkakan gelagat haiwan ini kerana ianya berlaku luar jangkaan.

Namun, lain pula dengan video viral di Twitter baru-baru ini apabila gelagat seekor kucing menganggu tuannya makan telah meraih perhatian ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Cuba mengganggu tuannya yang sedang makan

Menerusi video yang dimuat naik itu menunjukkan pada mulanya seekor anak kucing sedang duduk diam di sebelah semangkuk mi segera milik tuannya.

Tetapi, selepas beberapa saat melihat ke dalam mangkuk tersebut haiwan berkenaan mencuri perhatian apabila kucing itu dengan selambanya mencelupkan kaki ke dalam mangkuk mi tersebut dan merasanya.

Mula-mula rasa sekali tiba-tiba nak makan lagi

Apa yang lebih melucukan setelah si kucing merasa makanan tersebut buat kali pertama ia terus sambung dengan memakannya lagi kali ini dengan mengambil sekali bersama mi pula.

Haiwan berkenaan tanpa berfikir panjang meneruskannya niatnya itu tanpa menghiraukan tuannya.

Setakat ini video berkenaan telah mendapat 1.3k retweets dan 6.3k likes di laman tersebut.

Lihat video penuh ini di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut memberikan reaksi terhibur dengan video berkenaan

Aduhai, comelnya kucing ni nak curi-curi makan ya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai kucing hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: