seismik

[VIDEO] "Itulah Buas Sangat" - Kucing Ini Digigit Cicak Ketika Bermain Buat Ramai Terhibur

Bila cicak dah bersedia untuk menyerang.

Cover image via @FXTVT (Twitter)

Jika anda seorang pemilik kucing, anda pastinya pernah mengalami situasi dimana kucing anda itu membawa pulang bangkai haiwan seperti burung, cicak dan sebagainya bukan?

Situasi demikian sering berlaku kerana kucing gemar bermain dan dikatakan ingin memberi 'hadiah' kepada tuannya.

Disebabkan itu, mereka akan menangkap haiwan yang lain bagi menunjukkan kasih sayang kepada tuannya.

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter apabila satu video mengenai seekor kucing sedang bermain bersama cicak. Jika dilihat dalam video tersebut, cicak itu sedang berada di daun-daun berkenaan.

Cicak bertindak 'menyerang' si kucing dengan menggigit

Namun, lain pula yang berlaku apabila cicak itu bertindak untuk menyerang dengan menggigit hidung kucing berkenaan.

Apa yang lebih melucukan kejadian tersebut menyebabkan si kucing memberikan reaksi yang menghiburkan sebaik saja cicak tersebut menggigitnya.

Video kucing berkenaan juga turut disunting dengan lagu yang begitu terhibur di samping reaksi si kucing apabila digigit haiwan berkenaan.

Lihat video penuh di bawah ini:

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut memberikan reaksi menghiburkan apabila menonton video tersebut

Jangan ingat cicak walaupun kecil takut dengan kucing ya. Siap serang lagi tu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: