Kucing Comel 'Penjaga' Hagia Sophia Mati Akibat Sakit Tua Pada Usia 16 Tahun
Gelagatnya yang manja membuatkan ramai yang cair dengan Gli ini.
Pencinta kucing tentunya sedang bersedih dengan berita kematian Gli, kucing 'penjaga' Hagia Sophia di Istanbul baru-baru ini
Sebelum itu pernah tular di media sosial mengenai seekor kucing yang menjadi 'penjaga' Hagia Sophia monumen bersejarah dunia itu yang terletak di Istanbul.
Kucing yang dikenali sebagai Gli itu pergi selepas menjalani kehidupan yang penuh warna-warni.
Malah ia sangat disayangi, baik mereka yang pernah melawat Hagia Sophia dan bertemunya, atau pun mereka yang hanya memerhati dan mengagumi dari jauh.
Kehilangan 'penghuni Hagia Sophia' yang mencuri tumpuan dunia
Gli berjaya menarik perhatian warganet ketika Hagia Sophia diisytiharkan kembali menjadi masjid pada Julai tahun ini.
Kewujudan Gli di Hagia Sophia itu ternyata mencuri tumpuan pengunjung yang berada di tempat berkenaan.
Malah, ada yang turut mencari kelibat si bulu itu apabila berkunjung ke sana. Gelagatnya yang comel dan mesra membuatkan pengujung jatuh hati melihatnya.
Gli juga pernah melahirkan seekor anak. Namun, anaknya mati selepas dilanggar bas pelancong.
Mati akibat sakit tua pada usia 16 tahun
Menerusi akaun Instagram milik kucing tersebut, Gli dilaporkan meninggal dunia pada usia 16 tahun.
Sebelum itu, Gli disahkan mati di sebuah klinik veterinar selepas mendapat rawatan akibat sakit tua. Gli menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam Sabtu.
Hal demikian juga turut dimaklumkan sendiri oleh Datuk Bandar Istanbul Ali Yerlikaya di Twitter miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Ali turut meluahkan rasa sedihnya di atas kematian kucing berkenaan.
Gli yang bermaksud penyatuan kasih sayang, mendiami masjid berkenaan sejak dilahirkan tahun 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.
Gli mula popular di seluruh dunia selepas ia difoto bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
Sementara itu, tinjauan di Twitter mendapati #hagiasophiacat juga trending di laman tersebut
Warganet dari seluruh dunia turut meluahkan rasa sedih diatas kepergiannya.