seismik

"Bawak Molek Heli Tu"- Bapa Mangsa Sempat Beri Pesanan Terakhir Sebelum Nahas Berlaku

Dua helikopter terbabit bertembung sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Cover image via Harian Metro & Irfan F. Rawi (Facebook)

Tragedi dua helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati semalam ternyata menggemparkan ramai orang

Akibat daripada kejadian itu, dilaporkan dua mangsa yang dikenali sebagai Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharon maut di tempat kejadian manakala yang lain cedera parah.

Difahamkan mangsa sedang dalam latihan penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Apa yang lebih menyedihkan, bapa kepada salah seorang mangsa yang terkorban iaitu Allayarham Mohd Irfan sempat memberikan pesanan kepadanya sebelum dia pergi.

Image via Harian Metro

Bapa sempat komen di Facebook bawa helikopter elok-elok

Menerusi status Facebook yang dimuat naik oleh Mohd Irfan, bapanya turut meninggalkan komen di ruangan tersebut sehari sebelum nahas menyebabkan ramai warganet tersentuh hati.

Dia juga sempat membalas komen tersebut kira-kira tiga jam sebelum nahas tersebut berlaku.

Malah, video terakhir menunjukkan sebuah helikopter yang dimuat naik olehnya itu kini menerima 1.9k likes dan 96 comments.

Bapa arwah yang menggunakan nama Mohamed Rawi Che Muda di Facebook itu berpesan supaya anaknya itu berhati-hati ketika membawa helikopter kerana keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

"Bawak molek heli tu (bawa heli dengan baik). Loni (sekarang) musim angin ribut," tulisnya.

"Insya-Allah." balas Mohd Irfan kepada pesanan bapanya itu.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati akaun milik Mohd Irfan Fikri dihujani ucapan takziah oleh rakan dan warganet

Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-fatihah untuk Allahyarham.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: