seismik

Akibat Digantung Kerja Oleh Majikan, Lelaki Ini Sanggup Langgar Kilang Sebelum Bunuh Diri

Menurut saksi, dia sengaja melintas jalan ketika treler tersebut hampir dengannya.

Cover image via Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook) & Kosmo

Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila dia nekad untuk memandu kereta jenis Honda Civic dengan merempuh sebuah kilang semalam

Lelaki itu juga bertindak mahu membakar kilang tersebut sebelum akhirnya dia membunuh diri.Kejadian itu berlaku di Kawasan Perindustrian Chemor pada pukul 6.42 petang semalam.

Menerusi sumber, bekas pengurus kilang berusia 52 tahun berkenaan melakukan khianat dengan memandu keretanya merempuh kilang sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz memberitahu, siasatan awal mendapati suspek bertindak memandu kereta merempuh bahagian fasa 1 kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama.

Bertindak merempuh masuk kilang dan membaling botol petrol selepas diberhentikan kerja

Difahamkan, bekas pengurus itu baru saja diberhentikan kerja oleh majikannya. Oleh kerana merasa marah, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merempuh masuk kilang dengan membaling botol petrol.

Namun, dia maut apabila dilanggar treler ketika melarikan diri dari kilang berkenaan.

Pada mulanya suspek merempuh masuk ke dalam kawasan kilang dan berhenti seketika untuk membaling botol petrol ke dalam pejabat sumber manusia.

Dia kemudian kembali kembali memandu dan merempuh bilik Production Labelling Department sehingga menyebabkan kebakaran namun api berjaya dipadamkan pengawal keselamatan bertugas.

Melarikan diri dengan berjalan kaki sebelum dilanggar treler

Dalam pada itu, menurut A.Asmadi, pihaknya kemudian menerima satu laporan kemalangan maut melibatkan suspek pada pukul 7.45 malam.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki dilanggar sebuah treler ketika melarikan diri dari kilang berkenaan"

"Saksi awam pula menyatakan dia seolah-olah sengaja melintas jalan ketika treler tersebut hampir dengannya," katanya.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan motif kejadian dipercayai berpunca apabila suspek tidak berpuas hati kerana digantung kerja sejak September lalu atas masalah disiplin.

Terdahulu, lelaki tersebut sempat memuat naik video berdurasi lebih 14 minit menjelaskan berkaitan pemberhentian kerja oleh majikan terhadapnya dan ia tular di media sosial sejak semalam

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: