seismik

Budak 9 Tahun Dari Malaysia Menang Pertandingan Mencipta Tandas Untuk Angkasawan NASA

Zyson Kang Zy Sun telah menewaskan hampir 900 peserta lain dari 85 buah negara.

Cover image via NASA & New Straits Times

Membuang air di angkasa lepas telah menjadi dilema lama bagi angkasawan. Pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya mereka melakukan perkara itu?

Ternyata angkasawan-angkawasan pada masa hadapan mungkin tidak akan berhadapan dengan situasi genting seperti itu lagi kerana sut angkasa yang memudahkan angkawasan 'membuang' kini sudah tercipta.

Baru-baru ini Nasa telah mengadakan pertandingan yang dikenali sebagai NASA's Lunar Loo Challenge yang terbuka kepada penyertaan seluruh dunia.

Pertandingan itu diadakan bagi mencari konsep baru mereka cipta tandas bagi misi membawa semula angkasawan ke bulan yang akan diadakan pada tahun 2024 nanti.

Penemuan Kang berjaya mengalahkan 897 peserta dari 85 negara

Untuk pertandingan itu, NASA juga telah mewujudkan kategori Junior bagi peserta yang berumur bawah 18 tahun.

Apa yang lebih membanggakan sut angkasawan itu dicipta oleh budak lelaki berusia sembilan tahun yang dikenali sebagai Zyson Kang Zy Sun (Pei Yong Tan) dari Malaysia.

Dia yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu telah  telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama NASA’s Lunar Loo Challenge bagi penyertaan umur di bawah 11 tahun.

Dia juga telah berjaya mengalahkan 897 peserta dari 85 negara yang berbeza-beza.

Berkongsi tempat pertama dengan seorang peserta

Dalam pada itu, Kang juga turut berkongsi tempat pertama bersama seorang lagi peserta bernama Arun George John.

Rekaan tandas yang dihasilkan oleh Kang dinamakan sebagai 'Spacesuit Lunar Toilet' itu telah dipilih NASA sebagai rekaan tandas terbaik.

Ciptaannya itu direka bagi memudahkan ia dipasang terus ke dalam baju angkasawan dan boleh berfungsi di ruang graviti dengan penghasilan vakum untuk menyedut cecair.

Image via Hero X

Rekaan sut boleh dipakai oleh petugas barisan hadapan

Bukan saja angkasawan yang boleh memakainya malah, ia sangat sesuai untuk semua para petugas barisan hadapan.

Kes mereka juga hampir sama seperti angkasawan apabila seseorang di dalam tugas yang memerlukan mereka memakai sut penuh, seperti petugas barisan hadapan yang merawat para pesakit Covid-19.

Keunggulan Kang di pentas antarabangsa dengan idea yang diberikannya membuktikan sekali lagi bahawa Malaysia ini sebenarnya banyak bakat luar biasa. 

Lihat video penuh bagaimana Kang menerangkan tentang rekaanya:

Apa pun, tahniah buat Kang yang telah menjuarai pertandingan itu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: